Tuesday, 15 April 2014

Hutang: Khutbah JAKIM juga perlu tegur pemimpin

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyampaikan khutbah Jumaat sebaiknya tidak hanya menegur rakyat sahaja tetapi wajar juga menegur pemerintah.

Jakim dalam dua siri khutbah Jumaat di masjid seluruh Wilayah Persekutuan baru-baru ini mengutarakan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari aspek tanggungjawab bersama untuk memakmurkan ekonomi negara.

Setiasauaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Jakim yang sangat tersisih dengan realiti sebuah kehidupan rakyat bawahan yang akan terbeban dengan GST nanti.

"Saya tertanya-tanya sama ada Jakim ambil maklum kurang dua juta tenaga kerja yang bayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai pada angka RM4,000 sebulan. Maka kecil sangat rakyat yang bayar.

"Ini bermaksud jurang pendapatan miskin sangat luas sedangkan pelaksanaan GST memberi kesan keseluruhan termasuk rakyat berpendapatan rendah," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana hari ini.

Beliau turut membidas Jakim, sama ada mereka tahu bahawa hutang yang ditanggung oleh pemerintah hari ini sama banyak dengan hutang yang ditanggung oleh pemerintah-pemerintah sebelum ini. 

"Dikumpul bersama hutang-hutang perdana menteri yang lepas-lepas sama banyak dengan hutang yang dibuat oleh Najib Tun Razak hari ini. Mana mungkin Jakim mengabaikannya," katanya.

Tegas Saifuddin, tujuan khutbah disampaikan setiap hari Jumaat adalah untuk menegur atau menasihati siapa sahaja termasuk pemimpin.

"Ini tidak, Jakim hanya ingatkan rakyat jangan berhutang sedangkan hutang oleh Najib?

"Saya fikir sudah sampai masanya Jakim melihat pelaksanaan GST bebankan rakyat," katanya.

Justeru, katanya sepatutnya Jakim menggariskan kandungan khutbah tentang pembaziran dan ketirisan yang sudah tentunya ditegur oleh Ketua Audit Negara saban tahun namun, pembaziran tetap juga berlaku.

Antara komen mengenai hutang di facebook: