Wednesday, 12 February 2014

10 Sebab Solat Hajat Tidak Dimakbulkan

Salam sejahtera, berkesempatan menziarah blog Shafiqolbu yang sarat dengan panduan dan ilmu Islam.  Antaranya Shafiqolbu menceritakan tentang solah hajat yang yang sangat digalakkan kepada umat Islam yang mempunyai hajat atau memohon menolak sesuatu yang tidak diingini.


Antara yang nenarik ialah soalan dari seorang pengunjung yang telah melakukan solat hajat tetapi masih belum dimakbulkan. Saya petik sepenuhnya persoalan ini dati blog shafiqolbu.wordpress.com


1) saya telah bbrapa kali melakukan solat istikharah,tetapi saya masih belum mendpt keputusannya.apa yg saya tahu andai kita bangun dr tidur,jika kita bangun dengan tenang itu bermkna Allah mengizinkan perkara itu, tetapi apabila saya meneruskan perkara itu, ianya tdk menjadi satu perkara yang baik.


2) saya juga telah melakukan solat hajat.tetapi malangnya seperti ada yang tidak betul pada saya.apa yg saya minta tdk menjadi kpd saya malah ianya terjadi kpd kwn saya pula.dia tdk solat dan dia tdk langsung berhajat sepertimana saya berhajat.
saya tdk menyalahkan Allah tetapi saya cuma minta pendapat. mengapa blh jadi sedemikian.hingga kini saya tidak tenteram jika saya melakukan solat hajat.
saya benar-2 dalam kesulitan kini.kerana itu saya melakukan solat ini.
saya berharap sangat dapat pendapat saudara. terima kasihdoa-mustajab


Dalam masalah Riana ini, oleh kerana ianya ada kaitan, maka ana jawab sekali gus.


Terlebih dahulu, Syabas pada Riana kerana tidak menyalahkan Allah SWT.


Sebagaimana yang kita sedia maklum, tidak boleh kata Allah tak makbul, sebab kita tak tahu bila ia akan dijawab Allah SWT.


Memang betullah apa yang kita amalkan akan meraih empathi dari Allah SWT, tapi janganlah sesekali kita terdetik bahawa Allah tak makbulkan doa permohonan kita.


Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang muslim di atas bumi ini berdoa kepada Allah dengan suatu doa melainkan doanya tersebut akan dikabulkanNya atau dihindarkan orang itu dari bahaya sebanding dengan apa yang dimintanya selama doa itu tidak mengandungi dosa atau bermaksud hendak memutuskan silaturrahim.” Salah seorang sahabat bertanya: “Kalau begitu kami memperbanyak doa (permohonan)!” Nabi SAW bersabda: “Allah lebih banyak lagi (dalam mengabulkannya).” (HR At-Tirmidzi)


Walaupun kadang-kala jadi yang sebaliknya dari apa yang kita minta. Kita kena ingat, janji-janji Allah SWT – qadak dan qadar seperti yang disebut dalam Al-Quran bahawa:


1. Bila masanya Allah SWT nak makbul doa, itu adalah dalam ilmu-Nya.
2. Apa yang kita rasa Dia “tak makbul” sebenarnya mungkin ujian dan kebaikan pada kita.


Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak. Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk; samada cash, ditangguhkan di hari kemudian atau digantikan dengan sesuatu yang lain… Hanya Allah Ta’ala saja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya!


Sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan silatulrahim atau tergesa-gesa seraya mengatakan: “Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.” (HR Ahmad dan Hakim)


Bermohon dan serahkanlah sepenuh keikhlasan dan keyakinan kepada Allah SWT, sambil terus melakukan solat Istikharah dan Hajat 3 atau 7 hari berturut-turut atau mungkin lebih lagi, mengikut kepentingannya. Di samping itu Riana dapatkanlah restu ibu bapa dan muhasabah diri.. Insya-Allah, Riana akan diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, kecenderungan, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik.


Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :


1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.