Sebuah laman blog, Shrelor telah mendakwa berjaya menghubungi moderator simulator penerbangan X-Sim.de, Thanos Kontogiannis bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai siapa sebenarnya Kapten Zaharie, juruterbang pesawat MH370 yang masih lagi hilang dan belum dijumpai setelah hampir 12 hari pencarian.
Menurut blog tersebut, moderator simulator itu tidak menganggap Kapten Zaharie sebagai seorang pengganas tetapi lebih kepada peminat yang fanatik dalam dunia penerbangan. Tambahnya lagi, kebanyakan juruterbang pesawat komersial menghubungi mereka untuk menambah pelbagai ciri tambahan di dalam simulator peribadi mereka sama seperti Kapten Zaharie.
Mereka juga memberi contoh dalam dunia perlumbaan kereta. Setiap pelumba kereta pastinya mempunyai simulator perlumbaan di rumah masing-masing. Adakah ini bermakna mereka itu pengganas, tambahnya lagi.
Laman blog tersebut juga berkongsi beberapa email Kapten Zaharie bersama moderator tersebut ketika memesan perkakasan simulator berkenaan.