Sunday, 23 March 2014

Ultraman King dan Bruce Almighty Bertentangan Dengan Tauhid

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan sebuah komik Ultraman kerana terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu menyamakan watak itu dengan Allah. Ia dikatakan boleh menyebabkan kekeliruan kepada kanak-kanak beragama Islam. Ia bertentangan dengan tauhid yang diajar dan dianuti oleh umat Islam — bahawa Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk ciptaanNya.ultraman

KDN dalam satu kenyataan mengesahkan tindakan ke atas komik terbitan Resign Publications itu dibuat kerana buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah. Kenyataan itu juga menyebut watak Ultraman tidak haram tetapi yang haram adalah komik terbitan edisi itu sahaja.thelamighty

Kontroversi penerbitan seperti komik Ultraman ini bukanlah isu yang pertama seumpamanya. Beberapa tahun sebelum ini, kita berdepan dengan kontroversi tayangan filemBruce Almightydan sekuelnya,Evan Almighty.

Kedua-dua filem itu pada awalnya lulus tapisan Lembaga Penapisan Filem tetapi diheret ke dalam kontroversi kerana ada pihak yang mendesak filem itu diharamkan tayangannya di negara ini. Antara yang membuat desakan itu termasuklah menteri kabinet yang menjaga hal ehwal agama Islam.Astroawani.com