Monday, 24 March 2014

Undi Melayu bertambah, Umno BN makin tertekan – Rafizi

kakwan


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa penambahan undi kaum Melayu kepada calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Dun Kajang, akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah.

Menurutnya, untuk rekod kemenangan Wan Azizah malam ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. “Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu.

“Sementara bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya.

“Sebab itulah saya kata Umno/BN tidak tidur malam ini, pening dibuatnya,” katanya kepada Sinar Harian Online selepas pengumuman kemenangan Wan Azizah di Kompleks Sukan Bangi malam ini.