Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts
Tuesday, 15 April 2014
TOL: Yang di atas cakap lain, di bawah buat lain
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membekukan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan atau arahan bercanggah dengan kerajaan negeri, lapor Selangor Kini.
Katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ingkar.
“Kita menggalakkan semua permohonan diberikan kepada MTES, tetapi mendapati permohonan tak dibuat, jadi MTES fikir tiada permohonan daripada penduduk. Tetapi ini akan terjadi sekiranya yang di atas cakap lain, yang di bawah buat lain.
“Jika ada permohonan dibuat tetapi diberitahu TOL dibekukan, tolong bagi maklumat pada pihak kita untuk diambil tindakan,” katanya di sidang Dewan Negeri di Shah Alam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan aduan mengenai pembekuan TOL.
Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata kerajaan negeri menggalakkan permohonan TOL malah bersedia memberikan hak pemilikan terhadap mereka yang menduduki tanah termasuk yang berstatus TOL.
“Mereka diberi kesempatan untuk miliki tanah dan dengan pembayaran premium hanya RM1,000 sahaja,” katanya lagi.
Labels:
KHALID IBRAHIM,
MB SELANGOR,
tol
Gaji baru MB Selangor dipotong lebih 50 peratus
Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.
SHAH ALAM - [VIDEO] Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.
Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.
"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.
"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.
Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.
Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak.
Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).
Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.
Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu.Sinarharian
Labels:
GAJI,
KHALID IBRAHIM,
MB SELANGOR
Subscribe to:
Posts (Atom)

