Showing posts with label Kapten Nik Huzlan. Show all posts
Showing posts with label Kapten Nik Huzlan. Show all posts

Monday, 31 March 2014

MH370 – Dulu pesawat pusing kiri, kini pusing 270 darjah ke kanan!!

Gambar terkini laluan pesawat MH370 dipercayai disediakan kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Gambar yang merupakan satu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri, kata bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

MH370_270_Kanan

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda Awani.

Jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

Monday, 24 March 2014

Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi ‪‎MH370‬

” Semoga terungkai segala misteri yang terbuku di alam Nusantara ini, Amiin………”

Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di media elektronik.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).


zaharie



Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain:

Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Antara Intipati Pendedahan Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

- Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

- Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan itu sahaja, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

- MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

- Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

- Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

- Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense dan dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka.

Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
Click Here

Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

MH370 Dirampas Pengganas?

Kapten Nik Huzlan juga mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?

MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh orang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan ada berkata bahawa sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)

Sekiranya berlaku rampasan pesawat MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

Kapten Nik Ahmad tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.

Kapten Nik Ahmad mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.

Kapten Nik juga ada berkata bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.

Akhir sekali, Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

Sunday, 23 March 2014

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi!!

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang. Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi : Satu nama yang cukup popular disebalik tragedi MH370 selain daripada seorang lagi kapten terkemuka (SEPERTI BELIAU)Berita-TV3-MH370

Sekali lagi Kapten Nik Huzlan menjadi watak penting memberikan penerangan yang mudah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk difahami disebalik apa yang dikatakan penemuan “luar biasa” pasukan Australia mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS melalui kaca beliau sebagai orang yang cukup berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan.

Dan Datuk Kapten Nik Huzlan telah pun dipanggil sekali lagi ke TV3 untuk ditemuramah pemberita sebentar tadi tentang penilaian & keyakinan Datuk Kapten Nik Huzlan yang mana berita MH370 terkini pesawat MH370 Hilang melibatkan penemuan 2 objek yang dijumpai di kawasan perairan berdekatan Perth Australia di selatan Lautan Hindi adalah sebahagian daripada rangka pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS.

Apa kata Datuk Kapten Nik Huzlan?

"Inilah dia"

Berita Semasa ingin tegaskan di sini, ini adalah pendapat peribadi Datuk Kapten Nik Huzlan semata. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Antara beberapa aspek yang diperhalusi Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai pengumuman Perdana Menteri Australia sebentar tadi (BREAKING NEWS DISINI), terdapat beberapa “point” yang cukup menarik yang boleh dikongsikan bersama di sini. Antaranya ialah :

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Huzlan VS Pengumuman Tony Abbot




  1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan cukup berkeyakinan di hadapan ahli parlimen Australia

  2. Tidak cukup lagi, disertakan pengumuman Pihak BerkuasaKeselamatan Australia (AMSA) menunjukkan bukti yang cukup spesifik termasuklah peta, koordinat dan dimensi panjang objek.

  3. Malahan, pengumuman dan penemuan kali ini lebih jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan terpinga-pinga & kelu seribu kata untuk bertanya lebih lanjut kerana semua persoalan yang biasa berbangkit telah pun dijelaskan terlebih dahulu

  4. Berdasarkan rekod, negara Australia terkenal dengan profesionalismnya. Australia yang dikenali dunia kerana memiliki pakar-pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka ini, sama sekali tidak akan memaklumkan kepada Perdana menteri Australia mereka sekiranya bukti yang dimiliki belum benar-benar kukuh.

  5. Penilaian Datuk Kapten Nik Huzlan diperkuatkan lagi dengan rekod akauntabiliti & kredibilit pasukan SAR AUSTRALIA amat tinggi walaupun meletakkan info “kemungkinan”

  6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesan seperti P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.


Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Lagi Perkongsian Kapten Nik Huzlan


Pemberita TV3 juga sempat bertanya persoalan berkisah tentang apakah sebenarnya objek pada bahagian pesawat tersebut? Ini antara jawapan Kapten Nik Huzlan :


  • Dimensi objek 24 Meter.

  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat (Pengimbang pesawat)

  • Ini berikutan imej berbentuk persegi

  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan

  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat

  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.



Walaubagaimanapun merujuk kepada perkembangan berita MH370 terkini pesawat MH370 hilang berdasarkan penemuan 2 objek di selatan Lautan Hindi, Kapten Nik Huzlan sekali lagi menegaskan ia adalah merupakan permulaan yang baik bagi operasi SAR mencari pesawat MH370 hilang yang menjadi misteri selama ini.

Dan penemuan terbaru ini, Kapten Nik Huzlan simpulkan sebagai “BAB 1 – Penemuan“. Menurut Kapten Nik Huzlan lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat MH370 hilang, kos dan siasatan tragedi MH370.