Showing posts with label artis berhijab. Show all posts
Showing posts with label artis berhijab. Show all posts
Wednesday, 30 April 2014
Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa
Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa - Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.
Walaupun Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.
Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.
Monday, 28 April 2014
SELAMAT TINGGAL DUNIA SEKSI - JULIZA ADLIZAN KINI BERHIJAB
Tiada lagi aksi seksi! Begitulah niat terkini Juliza Adzlizan, 47, yang tampil berhijab kelmarin.
Menurut penyanyi itu, penghijraan tersebut dilakukan selepas merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang bertanggung jawab. Malah dia juga sebenarnya sudah merancang untuk berhijab sejak beberapa bulan lalu.
"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.
"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.
"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.
"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.
"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," kata Juliza yang mula menyedekahkan baju-baju seksinya kepada orang lain (mungkin pada bukan muslim). Myartis.com
Sunday, 13 April 2014
Bella Dally Pula Ambil Keputusan Bertudung
PETALING JAYA: Pelakon Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin berhijab selepas mendirikan rumah tangga.
"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini.
"Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini.
"Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Tambah Bella, dia juga tidak risau dengan peluang yang datang dalam kerjaya lakonan selepas perubahan imejnya itu kerana baginya, rezeki ada di mana-mana.
Dalam pada itu Bella berkata, dia juga sedang memikirkan konsep penampilan atau imej yang ingin ditonjolkan kepada umum dengan melihat gaya berfesyen selebriti-selebriti bertudung luar negara.
"Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan.
"Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat," ujarnya.
Ditanya adakah perubahan yang dilalukan itu adalah disebabkan perpisahannya dengan aktor Nazim Othman, kata Bella: "Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan."Mstar
Subscribe to:
Posts (Atom)