Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts
Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Rozita Che Wan Sahkan Hamil Di Instagram

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.


rozita 2

Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.

"Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.

Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 3 Mac lalu, Zain, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung.

Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan Zain menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Friday, 7 March 2014

3 Kali Kemalangan, Ainan Tasneem Terima Komen Negatif

ainan-tasneem-1


Penyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.


Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.

Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.

Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga31


Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga2


Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga4


Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini.

Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.

Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

ainan

 

penjelasan-ainan-berita-kemalangan


Manakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).

Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

Bagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.

Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan.

Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.

Kepada Ainan, bawa bersabar ok. Jangan dilayan komen-komen negatif. Yang penting, Ainan dan rakan-rakan selamat.

Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu.. Mynewshub.my

Biodata Penuh Dan Kontroversi Hanez Suraya

Rasanya semua pun tahu pasal kisah kontroversi Hanez Suraya yang tengah hangat diperkatakan sekarang iaitu mengenai kes Hanez yang dikatakan merampas suami orang. Sehingga wujud Page2 khas di FB yang mengutuk dirinya. Rasanya Hanez juga telah private instagramnya. Aku tak nak komen apa2 kat sini, kita tunggu dan lihat jelaa apa yang jadi nanti kan. Adakah Hanez akan kahwin dgn kekasihnya itu?

hanez suraya

Nama penuh : Hanez Suraya Abd Aziz

Tarikh Lahir: 22 Ogos 1985
Tempat Lahir: Subang, Selangor
Adik Beradik: Anak Sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon dan model sepenuh masa
Drama: Ezora, Love You Mr Arrogant (TV3), 3 Janji , Suri (TV3),  Autumn Di Hatiku, Sedetik Cinta, Dalam Hati Ada Taman (DHAT), Bimbo, Hidayah Cintaku dll.
Filem: Bicara Hati
Duta: Aura White
Bekas Kekasih: Awi Rafael

Sumber