Showing posts with label double stemcell. Show all posts
Showing posts with label double stemcell. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Tangkis Fitnah? Ini respon Duta dan Pengedar Double Stemcell #Bizkaaching

Artikel pendedahan blogger dan penyiasat terkenal, Mazidul Akmal Sidek mengenai status logo Halal, SIRIM, dan KKM (Baca sini) pada produk Double Stemcell -Phytoscience telah menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas.


Perkara ini membuatkan ramai  pengedar/leader produk ini tidak senang duduk berikutan pertanyaan yang bertali arus diterima daripada orang ramai dan pengguna serta downline mereka.


umi
Melalui semakan daripada beberapa akaun media sosial Leader DSC, ternyata mereka tetap teguh berdiri di belakang produk ini. Beberapa respon juga diterbitkan melalui blog dan status mereka dan mendakwa pendedahan Mazidul adalah satu fitnah dan cuba menutup periuk nasi bumiputera dan orang melayu yang banyak menceburi biz Kaaching ini.

Malah, Duta produk DSC, Datin Paduka Umie Aida turut tampil memberikan respon di dalam akaun Instagramnya.  Beliau mengajak para pengguna dan pengedar agar mengabaikan artikel yang dianggap sebagai "gosip" itu. Datin Paduka Umie juga mengatakan pihak PhytoScience akan mengambil tindakan secepat mungkin.

Respon Datin Paduka Umie Aida:
umi



umi1


 umi2


Dalam satu status yang menarik minat kami, seorang pengguna Facebook, saudara Uci Qhairul telah menerbitkan satu persoalan kepada persoalan yang dinyatakan oleh penyelidik Human Stemcell, Dr. Abd Aziz Ibrahim (Baca disini).

uci6
uci4


Dalam persoalan yang diutarakan, Uci menyangkal status penyelidik tersebut. Malah persoalannya seperti printscreen diatas langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan ditimbulkan Dr. Abd. Aziz.


Akhirnya, persoalan beliau dimatikan oleh seorang pengkomentar yang memberikan bukti kredibiliti Dr. Abd Aziz sebagai seorang pengkaji seperti printscreen dibawah:


dsc1


Nampaknya, isu produk terhangat di pasaran ini tidak akan berhenti dalam masa terdekat. Seperti kata Mazidul, pihak berkuasa telahpun menerbitkan kenyataan rasmi mengenai status penggunaan logo Halal, SIRIM, dan Kodex KKM. Kini sudah tiba masanya pihak PyhtoScience memberikan maklumbalas mengenai kenyataan tersebut.



Persoalan yang dijawab dengan persoalan pasti tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. Malah, sebarang tindakan kepada individu seperti Dr. Abd Aziz dan Mazidul Akmal Sidek pasti akan memberikan impak negatif kepada imej produk itu. Seharusnya pihak pengurusan menangkis "fitnah" dengan jawapan dan bukti yang konkrit. -TTO



"MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Tuesday, 18 February 2014

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu?

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis, makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh rawat pelbagai penyakit.


Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau (KECAM DI SINI) melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….


Jikalau disingkap semula sejarah di China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998 berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu syarikat-syarikat MLM yang buat “pyramid-selling” – downline cari downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa jadi?


Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?


China haramkan terus semua MLM, walau pun kemudiannya “direct-selling” dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China mengalah pasal isu ini.


Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :


“a really huge market – piramid sheme almost zero!”


Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan, hukumannya tembak sampai mati – very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.


Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?


Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?


Jikalau sistem perniagaan ada syarat menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama (duplikasi), maka ianya jadi “pyramid-selling” apabila jumlah ahli meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.


Masih ingat lagi AC Mizal yang penipu itu (SEPERTI DI SINI)?


Semak satu persatu gambar-gambar di bawah ini isu melibatkan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu ini….


Jualan-Double-Stemcell


Double-Stemcell-Halal



JAKIM-Double-Stemcell (2)



selebihnya klik di sini


 Apabila bercakap mengenai MLM, Berita semasa sedih sangat terutamanya ramai bangsa melayu yang mudah terpengaruh. Pokok pangkalnya nak kaya cepat katanya. Kononnya niat suci, kongsikan pemakanan sihat sambil berbisnes dengan dijual pada harga yang sangat-sangat tidak munasabah, semuanya disebabkan skim piramidnya. Sedangkan sebenarnya produk kesihatan yang diiklankan itu tiada faedahnya melainkan sama seperti air minuman berperisa buah-buahan.


Penyumbang terbesar hutang kad kredit ialah MLM yang jatuh bankrap muda-muda lagi. MLM ini memang perosak masyarakat. maaf bercakap.


Dek kerana mahu mengaut keuntungan, sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan downline, dan mempengaruhi orang ramai termausklah dnegan cara menipu dan memburukkkan orang lain.


Ambil kesempatan pada orang baik dan lurus


Bisnes MLM ini adalah budaya yang dibawa dari US yang mana kita tengok seperti dalam movie Stockbroker di Wallstreet/Telemarketing yang aggresif buat jualan tanpa hati perut tanpa peduli soal moral/halal haram untuk capai sasaran (mungkin bagus juga anda tonton sendiri filem Wolves of Wall Street)


Kebanyakannya produk MLM akan dinaikkan harga kepada 200%-300% daripada harga sebenar, Bukannya nak bagi orang sihat sebenarnya tetapi lebih kepada bisnes untuk bayar kalangan downline dan agen.


Orang yang join MLM ini, biasa yang Berita Semasa perhatikan:




  1. Tayang kereta & pegi melancong sahaja

  2. Tetapi belum pernah, Berita semasa tengok orang MLM tayang kereta sekali geran, rumah sekali geran? Tunjuk bayaran cukai kepada LHDN

  3. Hakikatnya ramai yang terpengaruh dengan MLM ini sebab mahu jadi kaya dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan dengan kerja kuat berniaga produk sendiri, bukan produk orang lain. Jikalau jual produk orang lain, memang sampai ke sudah pun tidak akan kaya, yang kaya hanya 2, 3 kerat sahaja.


Contohnya di bawah ini kalangan jutawan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu mendapatkan kemewahan & kereta mewah : Shielawatie-Double-Stemcell



Rich88-Double-Stemcell



Kereta-Double-Stemcell


Phyto-Science-Sdn-Bhd


 Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O


Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O. Mengapa?


Mlm terlampau lampau


Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.


Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.


Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda


P/S : Berita Semasa tidak kecam semua MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara mudah dan cepat.