Showing posts with label dr asri. Show all posts
Showing posts with label dr asri. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Dr Asri: Jangan jadi pembantu syaitan


Hudud menjadi mekanisme bagi mengatasi jenayah dan pelaksanaannya memerlukan suasana yang kondusif.
Pandangan berkenaan disuarakan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bagi menyangkal salah faham pihak tertentu terhadap pelaksanaan hukuman berkenaan.
“Hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah,” tulisnya dalam blog Minda Tajdid.
Jelasnya, sesetengah pihak yang kurang memahami Islam membayangkan undang-undang hudud adalah untuk mencari pesalah.
Malah, katanya, terdapat jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud terutamanya jenayah yang pelbagai hukuman takzir.
Tambahnya, ramai yang mendakwa hak peribadi individu akan terganggu sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan.
“Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak, malah turut menggambarkan intipan penguatkuasa agama dalam mencari pelaku maksiat, “jelasnya.
Katanya lagi, undang-undang hudud sangat menggalakkan kemaafan sesama sendiri dan diselesaikan di luar mahkamah.
“Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.”katanya.
Malah, mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti takzir iaitu dengan hukuman dengan budi bicara hakim.
Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, undang undang hudud hanya untuk orang Islam dan bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam yang lain.
Jelasnya, undang-undang ini harus diluluskan oleh perlembagaan kerana kebanyakkan rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
“Kita tidak boleh mempertikai hukum Allah, kalau secara jelas orang Islam berzina, maka dia patut dihukum mengikut cara Islam,” katanya.
Jelasnya, mahkamah Syariah perlu tegas supaya undang-undang ini dapat dipraktiskan dengan segera.
Katanya, mahkamah Syariah adalah perantara untuk menghukum pelaku di bawah hukum Islam.
“Jika sesuatu hukuman diputuskan di mahkamah Syariah, maka perkara itu perlu dimuktamadkan di situ tanpa membawa kepada mahkamah sivil,” katanya kepada The Rakyat Post.

Wednesday, 12 March 2014

Kegiatan bomoh cari pesawat MH370 ‘kerja bodoh’ - MAZA

KUALA LUMPUR, 11 MacBekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul  Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat  MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing  Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR, 11 Mac Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul  Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat  MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing  Sabtu lalu. Sambil menyifatkan langkah itu sebagai ‘satu kerja bodoh’, Asri  berkata, langkah ‘khurafat dan tahyul’ itu tidak boleh diterima sama  sekali kerana tidak dapat diterima akal waras. “Ini tahyul,  khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan berbuat begitu, bomoh memberi gambaran salah kepada ajaran Islam. “Dia seolah-olah mengambil kesempatan. Siapa yang membawa dia untuk tujuan itu,amat malang dan memalukan,” kata Dr. Mohd Asri  yang juga  pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM). Dilaporkan semalam,  kehilangan MH370 mendapat perhatian ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’,  Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara  ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat. Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong  yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin. Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian  keruntuhan Highland Tower, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang,  Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. Dr. Asri menegaskan, menurut ajaran Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana perkara itu di luar pengetahuan manusia. “Tiada siapa boleh mengetahui tentang perkara ghaib selain Tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima  Islam. “Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi tidak diredhai,” katanya.


Sambil menyifatkan langkah itu sebagai ‘satu kerja bodoh’, Asri  berkata, langkah ‘khurafat dan tahyul’ itu tidak boleh diterima sama  sekali kerana tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul,  khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan berbuat begitu, bomoh memberi gambaran salah kepada ajaran Islam.

“Dia seolah-olah mengambil kesempatan. Siapa yang membawa dia untuk tujuan itu,amat malang dan memalukan,” kata Dr. Mohd Asri  yang juga  pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).

Dilaporkan semalam,  kehilangan MH370 mendapat perhatian ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’,  Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara  ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong  yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian  keruntuhan Highland Tower, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang,  Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Dr. Asri menegaskan, menurut ajaran Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana perkara itu di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh mengetahui tentang perkara ghaib selain Tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima  Islam.

“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi tidak diredhai,” katanya.