Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

Benarkah Berita Kehilangan MH370 Ini?


Sama-sama kita berdoa..
Bank Dunia telah melaporkan Najib jual aset negara (emas)
Emas itu telah dibeli oleh 4 bilionaire china dan dibawa menggunakan pesawat MH370..
Dan pesawat telah dirampas Amerika melalui kawalan dron

Kedatangan Obama ke Malaysia sabtu ini untuk rundingan denga Najib berkenaan emas tersebut yg bernilai puluhan bilion USD.. Amerika mahukan emas tersebut kerana kedudukan ekonomi amerika sangat teruk pada masa sekarang..

Perisik Malaysia telah membuat risikan.. bukan buah manggis ada seberat 20 tan didlm pesawat MH370..

Bagaimana Amerika tahu MH370 membawa emas.. Siapa yang berurusan berkenaan khazanah negara?.. tentunya Najib

Oleh itu perisik china dapat tahu najib terlibat dengan hijack US ke atas MH370..

China mendesak najib memulangkan emas mereka dgn tindakan akan menyerang Malaysia sekiranya najib tidak berbuat demikian.. sedangkan emas sudah berada dalam genggaman US.. Maka China akan menyerang Malaysia.. China sudah mengarahkan kesemua pelancong dan warganegara China balik ke negara china.. sekiranya Najib tidak berjaya memujuk Obama memulangkan emas itu.. bila2 masa china akan serang malaysia..

Bagaimana pula halnya dengan Us.. US amat terdesak dan memerlukan emas itu untuk membangunkan semua ekonomi US.. Maka kemungkinan Besar US tidak akan memulangkan kepada china.. Dan Salah satu cara meminta US memulangkan emas itu kembali adalah dengan pendedahan hijack oleh US keatas MH370.. maka pendedahan perlu dibuat oleh Najib untuk meminta sokongan China.. Maka US pula yang akan menyerang malaysia sekiranya najib buat pendedahan kepada dunia..
Lihat pertembungan 2 kuasa besar Dunia keatas malaysia dan akan memberi kesan buruk ke atas rakyat malaysia kerana ketamakan najib..

Mahathir juga telah mengetahui perkara ini dan meminta Para Alim Ulama berdoa supaya tidak berlaku sebarang tragedi ke atas malaysia..

Bukan sengaja Obama mahu datang ke Malaysia.. dan Obama tak pandang pun Malaysia sekiranya tidak memberi Impak besar keatas US..

Kapal perang US sudah berada di West Port dan tentera US sudah berada dimalaysia dengan jumlah ribuan orang.. tak kurang juga pihak China..

Sama2 kita berdoa semoga segala rundingan berjaya..

mesej dari grup whatzup

Monday, 14 April 2014

Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka


MELAKA: Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.
Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.
Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.
Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.
Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.
Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.
Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.
Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.
Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.
Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.
Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.