Showing posts with label erra fazira. Show all posts
Showing posts with label erra fazira. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Minta Hormat Privasi, Erra Terkejut Emran Mahu Rujuk

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan  isu apabila  bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp yang dikirimkan di sini pada malam Ahad.

Pada Sabtu, Emran, 39,  menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra.

Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai  tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula


Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.Mstar

Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula


Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula - Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik satu status panjang lebar yang menyatakan hasratnya ingin merujuk semula Erra Semula selepas genap sebulan bercerai.

Di sebalik status itu, Engku Emran turut mencipta hastag #prayformomandayah yang diabadikan pada baju-T anaknya, Engku Aleesya. Bagaimanapun, hasrat Engku mungkin tinggal hanya kenangan apabila Erra memberitahu sudah tawar hati dengan bekas suaminya.

Sehubungan dengan itu, aktres berusia 40 tahun itu meminta orang ramai dan Engku untuk menghormati privasinya. Kata Erra, tiada ibubapa yang tidak mahu membahagiakan anak

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya."

Jelas pelakon itu, meskipun lebih dua juta pembaca mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik." Sumber

Engku Emran Ingin Rujuk Dengan Erra Fazira Upload Gambar Anak ke Facebook


Bekas suami Erra Fazira ingin memujuk kembali bekas isterinya dengan memuatnaik gambar anaknya, Engku Aleesya, 5, yang memakai baju memaparkan #prayformomandayah di akaun Instagram miliknya.
Engku Emran Engku Zainal Abidin menulis mengenai harapannya yang ingin memenangi hati Erra semula.
Beberapa peminat memberikan reaksi yang positif terhadap perkara tersebut dan mendoakan hubungan mereka agar terjalin kembali.
Namun, tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan dari pihak Erra mengenai perkara ini.
Pasangan tersebut telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.Therakyatpost