Showing posts with label gst. Show all posts
Showing posts with label gst. Show all posts

Tuesday, 15 April 2014

Hutang: Khutbah JAKIM juga perlu tegur pemimpin

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyampaikan khutbah Jumaat sebaiknya tidak hanya menegur rakyat sahaja tetapi wajar juga menegur pemerintah.

Jakim dalam dua siri khutbah Jumaat di masjid seluruh Wilayah Persekutuan baru-baru ini mengutarakan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari aspek tanggungjawab bersama untuk memakmurkan ekonomi negara.

Setiasauaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Jakim yang sangat tersisih dengan realiti sebuah kehidupan rakyat bawahan yang akan terbeban dengan GST nanti.

"Saya tertanya-tanya sama ada Jakim ambil maklum kurang dua juta tenaga kerja yang bayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai pada angka RM4,000 sebulan. Maka kecil sangat rakyat yang bayar.

"Ini bermaksud jurang pendapatan miskin sangat luas sedangkan pelaksanaan GST memberi kesan keseluruhan termasuk rakyat berpendapatan rendah," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana hari ini.

Beliau turut membidas Jakim, sama ada mereka tahu bahawa hutang yang ditanggung oleh pemerintah hari ini sama banyak dengan hutang yang ditanggung oleh pemerintah-pemerintah sebelum ini. 

"Dikumpul bersama hutang-hutang perdana menteri yang lepas-lepas sama banyak dengan hutang yang dibuat oleh Najib Tun Razak hari ini. Mana mungkin Jakim mengabaikannya," katanya.

Tegas Saifuddin, tujuan khutbah disampaikan setiap hari Jumaat adalah untuk menegur atau menasihati siapa sahaja termasuk pemimpin.

"Ini tidak, Jakim hanya ingatkan rakyat jangan berhutang sedangkan hutang oleh Najib?

"Saya fikir sudah sampai masanya Jakim melihat pelaksanaan GST bebankan rakyat," katanya.

Justeru, katanya sepatutnya Jakim menggariskan kandungan khutbah tentang pembaziran dan ketirisan yang sudah tentunya ditegur oleh Ketua Audit Negara saban tahun namun, pembaziran tetap juga berlaku.

Antara komen mengenai hutang di facebook:


Monday, 14 April 2014

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI


SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.
Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;
·         Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.
·         Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.
Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu
Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.
Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.
Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.
Sekian.
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekretariat GST SAMM

Mahasiswa lancar Bantah protes GST


Kuala Lumpur - Kira-kira 100 mahasiswa dan anak muda telah berkumpul di hadapan Sogo sekitar jam 12 tengah hari semalam bagi membantah perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan.

Menurut Pengerusi Gerakan Anak Muda Bantah GST (Bantah), Abdul Malik Abd Razak, cukai GST yang baru diluluskan oleh kerajaan pada Isnin yang lalu bakal membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya dari kalangan anak muda.

“Kerajaan telah memilih jalan pintas bagi menyelesaikan hutang Negara dengan mengenakan GST ke atas rakyat, namun pada masa yang sama terus membiarkan masalah ketirisan dan pembaziran terhadap dana awam.

“Penubuhan Bantah adalah manifestasi bantahan anak muda terhadap kerajaan yang terus menekan rakyat selepas kenaikan harga barang keperluan terus meningkat saban hari tanpa sebarang pembelaan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menekankan kerajaan supaya menangguhkan perlaksaan GST sehingga dana negara diurus dengan berkesan.

Pihaknya juga turut menggesa kerajaan supaya menghentikam monopoli dan pemberian kontrak secara langsung, menurunkan cukai pendapatan, menuntut pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah dan menyelesaikan gejala rasuah dalam system pentadbiran negara.Sinarharian