Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts
Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts

Friday, 21 March 2014

Permohonan Tajaan JPA Bagi Program Kejuruteraan Luar Negara|Cara Memohon Biasiswa JPA Lepasan Spm 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan program kejuruteraan di Jerman, Perancis, Jepun dan Korea bagi tahun ini kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

JPA dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memaklumkan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my bermula esok hingga 27 Mac ini.

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang atau e-mel ke penawaranlsp@jpa.gov.my.

“Setiap pemohon adalah digalakkan untuk menyemak status terkini permohonan di www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my, kata kenyataan itu.

Sunday, 16 February 2014

KWSP Bayar Dividen 6.35 Peratus Kepada 13 Juta Ahli

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.KWSP1-300x202


Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun sebelumnya.


Katanya, sejak tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten.


“Prestasi pelaburan ini membolehkan KWSP memperoleh 6.97 peratus pulangan pelaburan tahunan (ROI), meningkat 10 mata asas daripada 2012. Ini adalah manifestasi prinsip pelaburan KWSP yang kukuh dan hasil daripada mempelbagaikan portfolio merentasi pasaran dan sektor yang berbeza.


“Pencapaian KWSP mencerminkan keberkesanan dana yang seimbang dan pelbagai dan 2013 adalah tahun yang sangat baik untuk pelaburan ekuiti manakala portfolio pendapatan tetap menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini.


Sejak krisis kewangan global 2008, KWSP telah mengisytiharkan dividen dikompaun melebihi RM120 bilion kepada ahlinya.


Saiz aset pelaburan KWSP termasuk caruman tahunan bersih telah mencatatkan peningkatan kukuh daripada RM342.01 bilion pada 2008 kepada RM586.66 bilion pada akhir 2013.


Kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM35.00 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.02 bilion yang dicatatkan pada 2012.


Dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih daripada 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013 dan ia 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012.


Monday, 10 February 2014

Jawatan Kosong KWSP

Kalau anda cari kerja sekarang ni KWSP tengah pelawa calon-calon yang layak mengisi Jawatan Kosong Pegawai Pentadbiran, anda mestilah seorang yang bermotivasi tinggi dan kempeten.


KWSP1


Bertanggungjawab melayan dan menjawab sebarang pertanyaan pelanggan melalui telefon mahu pun e-mail serta laman sosial, maknanya kena cekap komputerlah.


Berumur 18 tahun keatas serta mempunyai diploma dalam bidang yang berkitan, tapi ada syarat tambahan yang menjadi keistimewaan ialan berkebolehan berbahasa Mandrin.


Untuk keterangan lanjut mengenai Jawatan Kosong Di KWSP boleh layari laman sesawang rasmi KWSP.


Permohonan hendaklah dihanter melalui email selewat-lewatnya 18hb Februari 2014.