Showing posts with label lisdawati. Show all posts
Showing posts with label lisdawati. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Kontroversi 'kelahi' Lisdawati dan Sharnaaz sebelum ini

Kontroversi 'kelahi' Lisdawati dan Sharnaaz sebelum ini


Kontroversi 'kelahi' Lisdawati dan Sharnaaz sebelum iniKisah kelahi dunia hiburan ketika ini. Lisdawati yang sarat mengandung khabarnya diserang pelakon Sharnaaz Ahmad dan dia membuat laporan polis.


Sharnaaz turut membuat laporan polis dan mendakwa dia meninggikan suara kepada pelakon wanita tersebut kerana Lisdawati dikatakan terlebih dahulu memburuk-burukkan dirinya.


Sharnaaz juga mendakwa Lisdawati dan Fauzi turut mengaitkan ibu bapanya menjadi punca dia naik angin.


Apa kata kita lihat rekod kontroversi 'kelahi' mereka berdua sebelum ini yang dipetik dari tulisan Joyah, Utusan Malaysia.


Nadia Mustafar


Ini kisah awal yang memberi imej kurang molek kepada Lisdawati dalam sejarah kerjaya seninya. Kisahnya bermula apabila Nadia Mustafar dikatakan mengeluarkan kenyataan yang didakwa kononnya berbentuk fitnah ke atas Lisdawati dalam sebuah majalah pada 2005. Nadia mendakwa Lisda berhutang kepadanya dan meminta supaya Lisda membayar hutang yang dipinjam sejumlah sekitar RM20,000 itu. Bagaimanapun Lisda menafikan berhutang dengan pelakon itu dan akibat malu sendiri, Lisda menyaman Nadia dan mendakwa kenyataan Nadia memberi implikasi kepada kerjayanya. Oleh kerana Nadia tidak mempunyai sebarang bukti sahih mengatakan Lisda berhutang, Lisda telah memenangi saman tersebut dan Nadia diperintahkan mahkamah agar membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.


Rita Rudaini


Masih ingat adegan kolam renang pada 2006? Kejadian ini menjadi antara topik hangat pada waktu itu apabila adegan lakonan bertukar kepada sejarah hitam melibatkan pelakon Rita Rudaini. Lisda mendakwa Rita telah ‘terlebih’ menghayati watak dan mencederakan dirinya lalu bertindak membuat laporan polis. Lisda mendakwa rakan baik kepada Nadia Mustafar itu sengaja bertindak lebih agresif dalam melakonkan babak pergaduhan semasa penggambaran drama di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang itu dan mencederakan dirinya. Bagaimanapun kes berkenaan tamat begitu sahaja, seterusnya membuktikan tuduhan Lisda itu tidak wujud sama sekali, Rita tidak bersalah.


Kru produksi


Pada penghujung 2012 Sharnaaz dikatakan telah mencederakan seorang kru produksi drama lakonannya. Di sinilah bermulanya episod baharu buat Sharnaaz apabila dia mula dianggap sebagai seorang yang panas baran, walaupun lakonannya begitu menyerlah. Sharnaaz secara tiba-tiba, menyerang kru produksi kerana lewat ke lokasi menyebabkan penggambaran tertangguh dan menyusahkan banyak pihak.


Selain itu juga dia turut meninggalkan lokasi penggambaran secara tiba-tiba yang melayakkan dia menerima surat saman daripada pihak produksi.


ND Lala


Kejadian ini berlaku pada awal 2013, Sharnaaz memang sedang mabuk bercinta dengan penyanyi Shila Amzah. Bapa penyanyi itu ND Lala telah mengeluarkan kenyataan ‘jangan biadap’ terhadap Sharnaaz. Ini ekoran ND Lala kecewa dengan kata-kata Sharnaaz yang tetap mahu memperisterikan anaknya itu walaupun tanpa restu ibu bapa Shila. Joyah lihat kes ini lebih kepada sikap Sharnaaz yang tidak menghormati permintaan ibu bapa bekas kekasihnya itu. Alah, biasalah bila orang mabuk cinta. Joyah pun pernah muda, cinta memang boleh buat kita jadi buta dan gila.


Orang awam


Kisah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sharnaaz. Khabarnya pelakon sasa ini terlibat dalam satu insiden pergaduhan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu. Selain bertumbuk, Sharnaaz juga dikatakan membelasah pengguna jalan raya tersebut. Kekal dengan kata-katanya, Sharnaaz dengan berani memberi amaran agar fitnah seperti ini tidak diteruskan terhadap dirinya dan kes berkenaan diam begitu sahaja. - Utusan Malaysia

Bimbang tak kembali, Fauzi Nawawi dan Lisdawati mohon maaf

Bimbang tak kembali, Fauzi Nawawi dan Lisdawati mohon maaf



Bimbang tak kembali, Fauzi Nawawi dan Lisdawati mohon maaf


Hari ini dikhabarkan pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan isteri Lisdawati berangkat ke tanah untuk mengerjakan Umrah. Fauzi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama Lisdawati.


Mereka akan mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sebelum ke sana Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.


“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran. Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami,” katanya dipetik portal murai.com.my.


Ada yang berkata permohonan maaf Fauzi ini turut ditujukan kepada Sharnaaz kerana sengketa mereka sebelum ini.KiniNews