Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Jururawat mahu saman hospital kerana cuai

bayiHUTAN MELINTANG - PERAK. Seorang jururawat bercadang memfailkan saman terhadap sebuah hospital yang didakwanya melakukan satu prosedur rawatan tanpa mendapatkan persetujuan ahli keluarganya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Dalam kejadian Februari lalu, Noralisa Mohd Malid, 29, mendakwa, tiub fallopio sebelah kirinya diikat oleh doktor pakar yang menjalankan pembedahan caesarean ke atasnya ketika dia melahirkan anak ketiganya di hospital itu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana terdapat lekatan pada dinding pelviknya berikutan saluran tiub mangsa cedera ketika pembedahan dilakukan.

Noralisa berkata, dia hanya mengetahui  keadaannya sehari selepas pembedahan apabila mendapati pembalut luka di abdomennya basah dan berdarah.

“Ketika doktor buat pemeriksaan, saya sempat tanya sama ada berlaku komplikasi semasa pembedahan dijalankan.

“Doktor itu kata, mereka telah mengikat tiub fallopio sebelah kiri saya kerana ada lekatan pada dinding pelvik.

"Doktor cuba untuk menanggalkannya namun secara tidak sengaja saluran tiub itu tercedera dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti hingga mereka terpaksa ikat tiub itu bagi menyelamatkan nyawa saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Parit 13, semalam.

Noralisa berkata, apa dikesalkannya ialah doktor yang memberitahu perkara itu kepadanya tidak langsung menunjukkan rasa kesal walhal ia adalah satu perkara besar buat dirinya memandangkan tiub fallopio kirinya kini tidak berfungsi.

Katanya, selepas pembedahan, dia berasakan perutnya semakin sakit dan kain  dipakainya turut ditembusi darah daripada pembalut luka pembedahan.

“Saya terpaksa tunggu agak lama untuk doktor datang buat pemeriksaan dan saya menggigil menahan kesakitan di perut.

“Apabila doktor datang dan periksa luka, dia jerit dan mengatakan usus perut saya terkeluar menerusi luka pembedahan. Saya juga melihatnya," katanya.

Noralisa berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 48 jam oleh doktor pakar lain dan masalah tersebut didakwa berpunca daripada kecuaian doktor yang membedahnya sebelum ini.

Katanya, dia kini trauma dan kesal dengan apa yang terjadi serta telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

sumber

Monday, 17 February 2014

Amaran kepada 250,000 pesalah trafik belum bayar saman

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Polis memberi amaran kepada baki 250,000 daripada 1.7 juta pesalah trafik yang dikenakan saman dalam 'Op Warta' supaya segera membayarnya sebelum dikenakan tindakan tegas.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam operasi terbabit, pihaknya juga menahan lebih 5,000 individu yang dikeluarkan waran tangkap.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina di KL Sentral di sini, hari ini.


Ketika berucap, Khalid berkata sebanyak 14,836 kes kemalangan jalan raya dicatatkan dalam operasi itu bermula dari 24 Januari hingga 7 Februari lepas, menurun sebanyak 8.9 peratus daripada 16,287 kes semasa perayaan tahun lepas.


Kemalangan maut juga menurun 14.1 peratus kepada 152 kes kali ini berbanding 177 kes dalam Ops Selamat tahun lepas, katanya. - BERNAMA