Showing posts with label samsung. Show all posts
Showing posts with label samsung. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Samsung Galaxy Grand 2 Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga Saranan RM1199

Pada penghujung tahun lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy Grand 2 – yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy Grand dan juga Grand Quattro sebelum ini. Kini, selang beberapa bulan, telefon pintar tersebut dilihat telah mula dijual di Malaysia.

galaxy-grand-dua

Galaxy Grand 2 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada Samsung, dan ditujukan kepada mereka yang inginkan peranti pada saiz 5.25-inci pada harga yang agak rendah berbanding Galaxy Note atau Galaxy S.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Grand 2 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1.5GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, ruangan storan 8GB, bateri berkapasiti 2600mAh dan juga menjalankan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean serta antaramuka TouchWiz.

Telefon pintar yang menyokong dwi-SIM ini dilihat turut menggunakan rekaan kerangka belakang yang ala-ala kulit – lebih kurang sama seperti beberapa peranti Samsung yang baru.

Di Malaysia, Galaxy Grand 2 ini dijual pada harga RM1199, dan ditawarkan dalam pilihan warna putih dan juga hitam.Amanz.my

Sunday, 19 January 2014

3 Langkah Mudah Upgrade Telefon Bimbit Samsung Dengan Pantas Dan Selamat

Perkembangan pasaran handphone atau telefon bimbit terlalu amatlah cepatnya sekarang ini.  Baru saja beli hari ini, esok lusa dah keluar model baru memang tak sempat nak kejar.  Bukan saja model baru tapi sistem dan software juga terlalu pantas bertukar dan bertambah mengikut keperluan pengguna seluruh dunia.


Kebanyakan dari kita akan menghantarnya ke kedai untuk upgrade software atau apa-apa peranti yang dirasakan perlu.


Namun bagi pengguna-pengguna Samsung, proses upgrade boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan software Kies yang bolhe didownload ke komputer atau laptop dan selepas itu bolehlah mula proses upgrade telefon bombit Samsung, tak kiralah apa model samada Galaxy Note II, Galaxy Note III, Samsung Galaxy Grand, Galaxy Ace, atau apa saja alaskan keluaran Samsung.


Porsesnya mudah saja

Langkah satu


img_kies_soptwareUpgrade01Download dan instal Kies ke laptop dari laman web Samsung


img_kies_soptwareUpgrade02Sambungkan telefon bimbit anda ke laptop menggunakan USB


img_kies_soptwareUpgrade03Kies akan membantu anda sepanjang proses installation langkah demilangkah dengan selamat.


Download Kies


Galaxy Note II Dah Murah Sekarang!!

Galaxy Note 2 dah lama berada dalam pasaran, kini ditenggelamkan oleh adiknya Galaxy Note III. Harga biasa semasa dilancarkan beberapa tahun dulu melebihi RM2,000 Tapi sekarang rata-rata bila saya lihat di pasarraya di Bandaraya Ipoh dan Pulau Pinang harganya telah turun mencserendah RM1599 tapi boleh dapatkan pada harga yang lebih murah, serendah RM1399. wow!! murahnya siapa nak bagi!!galaxy note2


Apa yang saya suka dengan Galaxy Note II ni ialah memorynya yang sebesar 16GB itu boleh memuatkan beratus-ratus gambar dan video yang diambil semasa percutian bersama keluarga atau gambar majlis perkahwinan atau mengambil gambar flora dan fauna sebagai hobi.


Didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih tapi saya minat pada warna putih yang cantik, lagi pun warna putih kurang menyerap haba panas, kalau diletakkan dalam poket, kita kurang berpeluh kerana tidak ada haba panas yang tersimpan.


Ketebalannya hanya 9.4mm, dimuatkan dengan 1.6GHz quad core processor dan dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean OS tidak akan mengecewakan jika anda mengutamakan kepantasan juga sangat berpuas hati dengan "kotak" memorinya sebesar 16GB dan microSD sebesar 64GB .


Super Sensitive Touch Screen, ciri yang pasti memukau dengan screen magnificent 4.3” HD super AMOLED yang sangat cantik dipandang dan sangat sensitive bila disentuh. Pernah dulu saya memiliki jenama lain yang sangat "degil" setiap kali nak berhubungan rasa geram dengan "kelambatan" responnya pada sentuhan jari.


Buat apa nak buang duit beli latest model, beli model lama pun dah memadai dan lebih jimat.


Pastikan dapat benda-benda di bawah ni semasa beli Samsung Galaxy Note II yang dah sangat murah sekarang ni:




  • 1 x Samsung GALAXY Note II

  • 1 x S pen

  • 1 x Battery

  • 1 x Adapter cable

  • 1 x USB cable

  • 1 x Headset

  • 1 x User manual