Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Solat jenazah ghaib untuk penumpang MH370 tidak perlu pada masa ini, kata Majlis Fatwa

images

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam ini menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang tadi, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di Putrajaya.

Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati, katanya.

Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya, kata Abd Shukor.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat hari ini bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorban dalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doa untuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut," katanya.

Abd Shukor berkata anggota jawatankuasa fatwa khas itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan dari pelbagai negara lain di seluruh dunia atas kesungguhan mereka mencari pesawat MH370 itu. -

Bernama,

Sunday, 9 March 2014

Kisah Iblis Takut Dengan Orang Yang Tidur

downloadJika disuruh memilih, ternyata Iblis lebih menyukai ibadah solat yang dilakukan orang mukmin yang bodoh daripada mengganggu tidurnya orang yang alim dan berilmu. Pengakuan Iblis itu disampaikan kepada Rasulullah SAW.

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW hendak memasuki masjid, Baginda melihat iblis sedang berada di pintu masjid. Iblis itu tampak gusar dan ragu antara masuk masjid dan tidak.

Maka Rasulullah SAW pun bertanya,
"Wahai Iblis, apa yang sedang kamu lakukan di sini?" tanya Rasulullah SAW.
"Aku hendak masuk masjid dan merosakkan sorang orang itu. Tetapi aku merasa takut terhadap orang yang sedang tidur di situ," kata iblis sambil menunjuk orang yang sedang tertidur di masjid.

Rasulullah SAW bertanya lagi,
"Wahai Iblis, mengapa engkau takut terhadap orang yang sedang tidur dan tidak takut kepada orang yang sedeang solat dan bermunajat kepada Allah?"

PENGAKUAN IBLIS.
Iblis tak dapat menyembunyikan rahasia di hadapan Rasulullah SAW, ia pun dengan jelas menguraikan alasannya.

"Ya Rasulullah, orang yang sedang solat tersebut adalah orang yang bodoh, ia tidak tahu syarat dan hukum solat, tomak'ninah, dan tidak boleh solat dengan khusyuk.  Sedangkan orang yang sedang tidur itu adalah orang yang alim, maka jika aku merosakan solat orang bodoh itu, aku bimbang, dia akan mengejutkan orang yang sedang tidur itu dan kemudian mengajar dan membetulkan solat orang orang yang bodoh tadi," jelas Iblis ketakutan.

Oleh karena itu Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadah orang yang bodoh."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW juga bersabda,
"Orang tersebut telah dikencing setan di kedua telinganya."
Hal ini disampaikan oleh Rasulullah SAW dan ditujukan bagi orang yang tidur sepanjang malam dan tidak menunaikan solat fardhu.

Subhanallah...

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci. Dan semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam ketaatan dan keimanan kita kepada ALLAH SWT. Aamiin.

Silahkan Klik "LIKE" dan "SHARE", Jika artikel ini anda rasakan baik & bermanfaat bagi sahabat semua. Semoga menjadi kebaikan Kita semua.

(Tambahkan jika ada doa khusus untuk ibubapa dan juga doa-doa lain, di ruangan komen agar kami yang membaca nya dapat  mengaminkannya)

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca entry  ini
✔ Mudaahkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan memengongsikan entri ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

Thursday, 27 February 2014

Jawapan Bagi Yang Musykil Tentang Solat Di Mana-mana

ustazBerikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat


Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?


Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.


Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?


Jawapan:


Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.


Bukan kena ada lapik ke?


Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!


Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?


Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.


Wanita boleh sertai?


Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.


-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre