Kenapa aku suka sangat menziarahi blog Shafiqolbu? Samalah macam anak muda sekarang suka menghadiri masjis ilmu dan ceramah ustaz Azhar Idrus.
Blog ini sarat dengan ilmu yang disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa pun. Setiap hari aku tengok ratusan orang yang mengunjungi blog Shafiqolbu ni.
Salah satu panduan yang sangat menarik dan aku pasti ramai yang mencarinya ialah khasiat dan manafaat ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah ini.
Ayat 39 Surah Taha
Surah Yusuf ayat 4 dan surah Taha ayat 39, menurut Shafiqolbu adalah ayat pengasih yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan keluarga selain dari dihormati oleh sesiapa saja.
Cara mengamalkan ayat pengasih ini ialah dengan membaca kedua-dua ayat ini apabila ingin bertemu sengan seseorang maka bacalah dalam hati di depannya. Insyallah akan mendapat kesan yang positif.
Ayat pegasih ini juga boleh diamalkan setiap selepas solat fardhu dengan membaca sebanyak 3 kali setiap kali lepas sembahyang.
Amalkanlah ayat ini tak perlu buang masa, tenaga dan wang ringgit berjumpa bomoh untuk buat minyak pengasih, mohon saja dari pada Yang Maha Pengasih dengan mengamalkan dua ayat pengasih ini setiap hari.