Showing posts with label kad perubatan. Show all posts
Showing posts with label kad perubatan. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Jangan Biar Kesan Kenaikan Insurans Kenderaan Menjejaskan Kesihatan!!

Mahu tak mahu kita kena terima kesannya kenaikan harga permium insurans takaful kereta sebanyak 15% yang akan berkuat kuat pada 15 Februari 2014.  Nampak macam kecil, tapi kalau insuran takaful kereta tersebut berharga RM1,000, selepas 15 hari bulan dah jadi RM1,150.00.


Bagi yang ada sebuah kereta kancil mungkin tak terasa, tapi bagi yang memiliki syarikat perkhidmatan pengangkutan yang ada berbelas-belas buah lori, tentulah memberi impak yang agak besar juga, yang sedikit sebanyak akan terpaksa menaikkan kadar sewa lori dan perkhidmatan pengangkutan mereka.


Lagi sekali kalau dah kos pengangutan naik, harga barang  terutama yang tidak dibawah kawalan akan melambung naik. Lagi sekali orang ramai dengan perasaan berat hati terpaksa menerima bahana kenaikan permium insurans kenderaan secara tak langsung.


Kos perubatan juga pasti akan naik berkali-kali ganda yang menyebabkan hospital kerajaan akan penuh sesak dan terpaksa menunggu berjam-jam malah dalam kebanyakan kes yang memerlukan rawatan pakar terpaksa menunggu hingga setahun kerana majoriti rakyat tak mampu mendapatkan rawatan di hospital pakar yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi walaupun dengan menawarkan kepakaran dan servis yang cepat.


Jadi apa perlu kita buat untuk mengatasi kemelut yang berantaian ini?


Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara seperti hadis dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,




اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ


“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :


Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,

Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)


Sediakan payung sebelum hujan....


Menyimpan 5% hingga 10% dari wang gaji bulan adalah jalan terbaik, dan kami menyarankan membuat simpanan 3 dalam 1 melalui PrudentialBSN Takaful yang memperuntukkan dana kecemasan kos rawatan dari RM600 ribu sehingga RM4 juta.




Hanya perlu bawa kad pengenalan dan kad ini, tak perlu risau pasal bil hospital...

medicalcardNak tahu caranya... 019-5522961 just call, kami ceritakan.







Muka Tebal 2 Jengkal.... Berpeluh, Merah Macam Udang Kena Bakar

Agak letih semalam, terpacak di sudut tempat orang lalu lalang, banyak salam yang aku beri tak bersambut, itulah sikap orang kita, jangankan nak beri salam, menjawab salam pun terasa berat sekali.  Pada hal menjawab salam tu wajib, mungkin takut kena paksa beli sesuatu kot.... mungkin....


Atau mungkin gerun bila lihat uniform warna putih yang aku pakai, jadi jalan pun tunduk je... memang macam tu lah, majoriti orang yang aku temui "penakut" tak ada keyakinan diri.  Tapi ada juga yang berfikiran terbuka, senang nak berkomunikasi dengan mereka, tak nak tak apalah, tapi mereka beri peluang kami beri penjelasan, lepas tu terpulang pada pilihan dan pertimbangan masing-masing.


pemalu-tesst-only-blogspot-comMula-mula aku ceburi bisnes ni, memang rasa amat sangat takut, nak bagi flyers pun muka tebal dua jengkal, berpeluh, merah macam udang kena bakar tapi bila dah tahu sebenarnya orang yang nak aku berikan flyers tu lebih penakut, sikit demi sikit perasaan takut, malu dan macam-macam lagi perassan negatif hilang. (Sebenonya masih ada...)


Kenapa aku boleh jadi berani?... itulah pengaruh kawan-kawan, kata orang jika kita berkawan dengan orang yang merokok, kita akan jadi perokok, jika berkawan dengan pencuri kita akan mencuri, samalah juga bila kita berkawan dengan orang yang berani kita akan berani.


Jika berkawan dengan jutawan, sah akan jadi jutawan, tapi kenalah kerja kuat seperti kawan kita tu, sebab ramai juga yang berkawan dengan jutawan tapi tetap macam tu juga sampai ketua, siapa kalau korang nak tahu...? Driver dan tukang kebun....


Betul! jika nak jadi usahawan berjaya, berkawanlah dengan usahawan yang telah berjaya dan dapatkan nasihat dari mereka.  Jika nak jadi usahawan internet, berkawanlah dengan usahawan internet yang telah berjaya dan tiru macam mereka.


Lambat laun korang juga akan mencapai kejayaan seperti mereka.


"Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan.  Ia akan membentuk anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut" kata Irfan Kahiri seorang Jutawan Internet tersohor


So dekat sini aku nak mengajak korang menjadi wealth planner yang berjaya, buat simpanan tiap bulan sambil dapat protection kos perubatan RM600 ribu hingga RM4 juta melalui Kad Perubatan Prudential BSN Takaful. Selamat merancang kewangan anda. 019-5522961


Tuesday, 21 January 2014

Kalaulah Ada Medical Card, Kan Ke Mudah...

Salam sejahtera, seperti biasa pagi tadi meneruskan perjalanan kehidupan meuju ke JPJ bukan nak renew road tax ke apa ke, bukan juga nak renew lesen memandu, saja nak jumpa kawan lama yang ada urusan di situ.


Macam tulah kehidupan kelip-kelip, sering merayau-rayau tanpa haluan tapi ada tujuan... Itulah nasihat senior-senior, "keluar je... walaupun tak tahu nak ke mana, tapi keluar je... Insyallah di sana ada rezeki, kalau duduk di rumah memanglah tak akan dapat apa-apa selain dari kebosanan".


Di JPJ dapat buat presentation ringkas kat abang kontraktor, tak bolehlah sebut nama dia yang kebetulan dah ada Plan Perubatan tanpa kad...  so kelip kelip jelaskan serba sedikit kebaikan kita ada  Medical Crad.


Yelah, siapa yang boleh jangka apa yang bakal terjadi di masa depan, kalau ikut circle kehidupan setiap orang akan mengalami 4 keadaan bermula dari kelahiran, hidup sihat, sakit dan last sekali mati.  Teringat lagu Pak Herman Tino, "Mati adalah pasti..., hidup Insyallah..."


Bayangkan kita sakit dan perlukan rawatan segera dengan kos yang semakin meningkat, jika dah ada Kad Perubatan Prudential BSN Takaful tenanglah sikit hati kerana dengan kad ni boleh saja terus mendapat rawatan di mana-mana lebih 60 hospital pakar di  seluruh Malaysia hanya dengan tunjuk Medical Card dan Kad Pengenalan.


Teringat cerita pak saudara yang kena buat pembedahan jantung, masuk hospital jam 9 malam dan terus kena  buat pembedahan jam 3 pagi, tapi hospital minta deposit RM30,000, hah! mengelabah raban anak beranak, mana nak cekau tengah malam buta duit sebanyak itu.


Kalaulah ada Medical Card, kan ke mudah... pihak hospital pun tak banyak ragam, tengok saja Medical Card Prudential BSN Takaful dia orang dah confiden tak ada masalah dengan bayaran bil.


Tapi banyak orang ambil sikap "tak kisah" atau "tak penting" dengan plan perubatan, lebih "rela" membuang-buang duit berbelanja pada perkara yang bukan-bukan yang hanya memuaskan nafsu semata-mata.


Balik pada perjalanan tadi, menghala pulak ke hospital, lalu di Jabatan Pesakit Luar, mak datuk... ramainya orang  yang menunggu berjam-jam nak jumpa doktor, kena ambil nombor giliran dulu, nak dapat nombor giliran pun dah makan masa, jumpa doktor, ambil ubat... sehari suntuklah berada di hospital, yang sakit tambah sakit...


Kalau ada medical card, kan ke mudah? Jadi ingatlah 5 perkara sebelum lima perkara.... dapatkan Pelan Perubatan Terbaik untuk anda dan keluarga tersayang.


Sunday, 19 January 2014

Duit - Hidup Merancang Hati Tenang

Salam sejahtera, hari ini saya nak mengajak sahabat berfikir sejenak tentang kewangan. Bagi sesetengah orang, wang bukanlah segala-galanya namun harus diingat kepentingan wang atau duit hampir sama penting dengan oksygen.  Itu kata bijak pandai...


Bercakap soal duit, ramai yang hadapi masalah, bukan setakat tak ada duit tapi duit orang pulak yang kita simpan.  Haha pelikkan? Pernah tak terfikir duit gaji kita lebih dari separuh kita gunakan untuk membayar hutang?


Itulah maksudnya "duit orang" yang kita simpan.  Tak sempat bawa pulang ke rumah, duit gaji dah habis kita agih-agihkan kepada sipemiutang.  Tak kiralah bayar pada bank, kedai motor, kedai TV, kedai runcit tempat kita ambil barang dapur setiap hari atau yang lebih parah bayar pada along.


Pernah tak terfikir ingin menyimpan untuk diri sendiri? Maksud saya bukan menyimpan di ASB, Tabung Haji atau di mana-mana tempat pelaburan.  Tapi menyimpan untuk keperluan diri kita sendiri di saat-saat kita sangat-sangat memerlukan semasa kita terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kemalangan atau penyakit seperti demam denggi, batu karang, sakit buah pinggang dan sebaginya?


Tak terfikirkan?  Kita berperasaan menyimpan untuk maksud tersebut sangat merugikan sebab kita tak nampak apa-apa selain dari lembaran kertas yang menyatakan terma dan syarat boleh claim ke tidak.


Katalah terfikir untuk menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan. Setahun kita ada RM2450, ditambah oleh dividen. 10 tahun ada RM30,000 lah katakan.


Tapi kalau sampai 10 tahun, kalau tak sampai? macam mana?  Sakit pening atau kemalangan kita tak boleh nak jangka. Bayangkan dalam tempoh 3 tahun sekarang, mengidap sakit buah pinggang, kos dialisis sekarang pun dua, tiga ratus ringgit sekali rawatan.  Cukupkah duit yang kita ada itu untuk menapung kosbil rawatan? Tak cukupkan......moneymedic


Jadi saya nak buat cadangan yang tak ramai orang ramai lakukan....


Ambil plan Kad Perubatan atau Medical card, pilih yang terbaik dari agensi yang terbaik supaya tidak ada masalah bila kita perlukan fund itu nanti.  Pastilah sahabat-sahabat akan merasa tenang semasa menerima rawatan di hospital-hospital pakar yang sahabat pilih.


Bukan tak boleh masuk ke hospital kerajaan, tapi sahabat sedia maklum kalau nak dapatkan rawatan batu karang misalnya, terpaksa menunggu hingga setahun barulah proses rawatan dapat dilakukan sedangkan sepuluh minit pun kita tak berdaya nak tanggung kesakitannya.


Jadi saya syorkan sahabat-sahabat mendapatkan Kad Perubatan dari Prudential BSN Takaful yang dijamin bebas dari riba.


Banyak ciri-ciri kebaikan Kad Perubatan PrudentialBSN Takaful ni, antaranya:


Manafaat Perlindungan - Pampasan kematian/lumpuh, Kemalangan /cacat kekal, 36 Penyakit Kritikal, Elain TPD, Sumbangan PERCUMA jika berlaku Penyakit Kritikal jika kita dah tak mampu nak buat bayaran premium. Maksudnya polisi akan terus aktif walaupun kita dah tak bayar caruman bulanan.


Manafaat Hospital - Kad Perubatan bagi membayar Bil Hospital abtara RM600,000 hingga RM4,000,000 secara Online, maksudnya tak payah nak bayar dulu pada hospital kemudian claim balik. Cukup dengan hanya tunjukkan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful dan kad pengenalan sahabat kepada pihak hospital dan segala bil akan di bayar oleh Takaful secara Online.


Bilik dan penginapan sehingga 200 hari. Menampung kos rawatan kecemasan akibat kemalangan seperti jari tersepit pintu dan sebagainya sehingga RM2,000 setahun. Bermakna jika mendapat rawatan di klinik biasa pun, boleh buat tuntutan.


Rawatan Kanser dan dialisis buah pinggang, elauan harian, elaun harian ICU dan elaun cuti sakit.


RM6,000 Pampasan akibat komplikasi kehamilan seperti kandungan luar rahim atau jika mendapat komplikasi selepas kelahiran.


Diberi pilihan samada mendapat Full Covertge atau Ko-Takaful (deposit 10% - maksima RM2,000) apabila mendapatkan rawatan di hospital.


Manafaat Simpanan - Di samping itu sahabat juga beroleh ketenangan dengan Skim Simpanan dengan kadar pulangan yang tinggi melalui pelaburan di dana-dana yang diluluskan di bawah syariah.  Simpanan pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan apa sahaja tujuan pun asalkan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM1,000.takaful


Jadi jangan bertangguh lagi hubungi 019-5522961 untuk dapatkan perlindungan Takaful terbaik untuk diri anda dan keluarga.  Hidup merancang hati akan tenang.