Showing posts with label takaful. Show all posts
Showing posts with label takaful. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Agent Takaful Pun Nak Kena "JUAL" Jadi Business Partner??

[caption id="attachment_575" align="aligncenter" width="503"]buat simpanan untuk masa sakit Buat simpanan untuk masa sakit[/caption]

Salah satu aktiviti saya dalam bisnes ni ialah menyebarkan flyers dengan berbagai cara asalkan maklumat penting dan berguna ini sampai kepada masyarakat.  Tak kira dengan cara berbayar atau percuma, yang penting saya telah menyampaikan maklumat yang sangat berharga ini terutama  semasa sakit.


Dalam asyik menjalankan tugas, saya disapa oleh seorang wanita yang well dressing, menutup aurat dan bertanyakan beberapa soalan dan saya jawab serba ringkas.  Dengan mudah sedia berikan nombor telefonnya dan setuju untuk buat appoiment dengan penuh minat.


Esoknya saya telefon beberapa kali tak berjawab, sehinggalah tengah hari baru berjawab dan bersetuju berjumpa di sebuah restoran depan Shell di Langkap.  Sampai di sana kami bersembang dan saya buat sedikit presentation menggunakan laptop, tapi bersahaja wanita ni jawab dia dah ambil dengan syarikat insurans lain dua bulan lalu.


Dalam fikiran saya bertanya kenapa wanita ini ingin berjumpa saya jika dia dah ambil insurans lain.  Semasa ditanya bekerja di mana, dia teragak-agak nak jawab dan macam tak tahu "bisnes" apa.  Dia hanya sebut sebagai "share partner" bila di tanya apa jenis perniagaan tak boleh nak jawab.


Fahamlah saya dia sebenarnya nak tarik agent-agent Insurans Takaful macam saya untuk join bisnes dia orang sebab kami pandai "bercakap".


 Cepat saya potong, "saya tak pandai cakap", lalu minta diri dan berlalu dari situ.


Rupa-rupanya rakan saya pun kena "approch" oleh team yang sama dengan tawaran yang sama.  Join bisnes yang tak tahu apa nama syarikat, tak tahu di mana officenya dan hanya akan diberitahu setelah menghadiri "talk" di KL dengan bayaran beberapa ratus ringgit.


Cukup-cukuplah tu memperdayakan orang dengan keuntungan ribuan ringgit tapi tak tahu entah di mana.


Terima kasih kepada Aminah selamat maju jaya dalam bisnes anda.  Ya, nama perempuan ini Aminah seperti yang diberitahu kepada saya.


Pesanan saya kepada yang membaca entri ini, berhati-hati dengan tawaran-tawaran yang menjanjikan bulan dan bintang kerana anda akan kerugian ribuan ringgit juga akhirnya.


Cadangan saya, dapatkan Manafaat Terbaik Prudential BSN Takaful dari kami untuk keperluan semasa sempit di kala anda memerlukan rawatan dan juga membuat simpanan di hari tua.


Hubungi Mustffa 019-5522961 walau di mana anda berada.


Thursday, 13 February 2014

4 Sebab Wanita Perlu Ada Perlindungan Insurans

umbrellaDari pengalaman kebanyakan Perunding Kewangan, mereka mendapati kesedaran mempunyai perlindungan insurans di kalangan orang Melayu lebih tinggi di kalangan golongan wanita berbanding lelaki.


Golongan lebih kritikal dalam soal kecantikan, kesihatan dan kewangan dan inginkan satu "suasana" selamat dan terjamin. Terdapat beberapa faktor penting yang mempengaruhi kenapa wanita lebih memerlukan perlindungan insurans, seperti yang disiarkan dalam Majalah Wanita:


Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.


Untuk Melindungi Kebajikan Diri Sendiri
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.

Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.


Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.


Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).


Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?


Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!


Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.


Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.


Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.


Untuk Melindungi Kepentingan Ke Atas Suami
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.

Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.


Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?


Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.


Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.


Untuk Menjamin Masa Depan anak-anak
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.

Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.


Untuk Menhgargai Jasa Ibu Bapa
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.

Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.


Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.


Monday, 10 February 2014

Muka Tebal 2 Jengkal.... Berpeluh, Merah Macam Udang Kena Bakar

Agak letih semalam, terpacak di sudut tempat orang lalu lalang, banyak salam yang aku beri tak bersambut, itulah sikap orang kita, jangankan nak beri salam, menjawab salam pun terasa berat sekali.  Pada hal menjawab salam tu wajib, mungkin takut kena paksa beli sesuatu kot.... mungkin....


Atau mungkin gerun bila lihat uniform warna putih yang aku pakai, jadi jalan pun tunduk je... memang macam tu lah, majoriti orang yang aku temui "penakut" tak ada keyakinan diri.  Tapi ada juga yang berfikiran terbuka, senang nak berkomunikasi dengan mereka, tak nak tak apalah, tapi mereka beri peluang kami beri penjelasan, lepas tu terpulang pada pilihan dan pertimbangan masing-masing.


pemalu-tesst-only-blogspot-comMula-mula aku ceburi bisnes ni, memang rasa amat sangat takut, nak bagi flyers pun muka tebal dua jengkal, berpeluh, merah macam udang kena bakar tapi bila dah tahu sebenarnya orang yang nak aku berikan flyers tu lebih penakut, sikit demi sikit perasaan takut, malu dan macam-macam lagi perassan negatif hilang. (Sebenonya masih ada...)


Kenapa aku boleh jadi berani?... itulah pengaruh kawan-kawan, kata orang jika kita berkawan dengan orang yang merokok, kita akan jadi perokok, jika berkawan dengan pencuri kita akan mencuri, samalah juga bila kita berkawan dengan orang yang berani kita akan berani.


Jika berkawan dengan jutawan, sah akan jadi jutawan, tapi kenalah kerja kuat seperti kawan kita tu, sebab ramai juga yang berkawan dengan jutawan tapi tetap macam tu juga sampai ketua, siapa kalau korang nak tahu...? Driver dan tukang kebun....


Betul! jika nak jadi usahawan berjaya, berkawanlah dengan usahawan yang telah berjaya dan dapatkan nasihat dari mereka.  Jika nak jadi usahawan internet, berkawanlah dengan usahawan internet yang telah berjaya dan tiru macam mereka.


Lambat laun korang juga akan mencapai kejayaan seperti mereka.


"Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan.  Ia akan membentuk anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut" kata Irfan Kahiri seorang Jutawan Internet tersohor


So dekat sini aku nak mengajak korang menjadi wealth planner yang berjaya, buat simpanan tiap bulan sambil dapat protection kos perubatan RM600 ribu hingga RM4 juta melalui Kad Perubatan Prudential BSN Takaful. Selamat merancang kewangan anda. 019-5522961


Saturday, 8 February 2014

Berlakon Macam Tak Malu Lama-lama Jadi Muka Tak Malu

malu


Salam sejahtera, hari ni nak cerita sikit pasal "muka tak malu" yang menyebabkan orang-orang Melayu macam aku tak boleh maju, tak boleh nak ke mana-mana asyik terperuk dengan perasaan malu tak habis-habis


Perasaan malu datangnya dari "perasaan risaukan tanggapan orang " walaupun dah lebih 20 tahun bekerja berhadapan dengan masyarakat, tapi perasaan malu tetap "mencengkam dalam hati" susah nak buang terutama bila nak buat sesuatu yang baru.


Walaupun nak ceritakan sesuatu yang baik dan sangat baik, tapi tetap rasa malu yang tak bertempat, belum buat dah fikir apa orang kata, belum buat dah pre judge kata orang tak nak, belum buat dah buat telahan orang akan marah.


Macam-macam alasan yang diberi pada diri sendiri, tak pandai cakaplah, tak biasalah, kekoklah... yang hanya akan membuatkan kita jadi "jumud" dan ketinggalan dari segala-gala sudut.


Tapi yang peliknya, buat benda yang tak betul dan merugikan tak malu pulak!!?  Lepak sana lepak sini, melalak sana melalak sini, rempit sana rempit sini boleh je.... mana hilangnya perasaan malu tu?


Heran kan....?


Bagi aku Alhamdulillah dah boleh buang sikit demi sikit sifat pemalu walaupun masih agak menebal juga sebenarnya. Tak macam masyarakat mat saleh di negara England tu kecik-kecik dah diajar jadi "tak pemalu" kecik-kecik dah diajar public speaking dan menyatakan pendapat walau dalam apa keadaan sekali pun.


Nak mengingatkan diri sendiri, perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tak akan bertanggapan negatif.  Selalu fikirkan yang orang ramai ingin mendengar apa yang ingin aku kongsikan  dan pada hakikatnya memang benar pun bila aku mula bercakap ramai yang ingin mengetahui lebih mendalam hingga tak terjawab-jawab soalan.


So kalau anda seorang yang pemalu dan nak tahu apakah plan takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga, hubungi saya 019-5522961 sebab saya sekarang ni dah buat bisnes halal lagi banyak membantu masyarakat masa sakit.


Jangan malu-malu sebab tak ada orang yang dengar perbincangan kita.


Wednesday, 29 January 2014

Nekad Sesaat Motivasi Dari Aziz Riadi

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Al Mubarak.


Saya nak berkongsi sedikit cerita daripada agent baru saya. Ianya bermula semasa saya buat sessi coaching bersama agent baru ni. Agent baru nie perempuan dan kalau tengok dari perwatakannya, beliau agak pendiam dan pemalu. Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah, macam mana beliau berfikir dalam menjalani aktiviti sebagai seorang agent takaful.


Biasa la...agent baru, memang malu2 nak approach prospect dan bagitau diorang yang kita nie buat business insurance. Sebab dalam kepala kita dok fikir..."Entah2 dia dah ada"..."Dia nampak macam tak nak je"..."Nampak macam serious je"..."Segan le...takut kena reject"...dan pelbagai andaian terkeluar dalam kepala. Jadi, saat ini, keputusan anda amat penting. Apa yang anda putuskan bermula dalam minda anda, amat penting. Sebabnya, kalau kita dok fikir2 atau assume atau pre-judge, apa yang kita dapat?...kita not even buat lagi pun, dah fikir macam-macam. Kita bukannya "fortune teller"...sebab kita tak tau apa yang ada dalam fikiran prospect kita. So, kata2 azimatnya adalah "NEKAD SESAAT"....so, nekad je, untuk tegur atau approach prospect tu. Result jangan fikir dahulu, outcome jangan kita risau...sebab yang penting kita buat 1st step, iaitu tegur dulu.


Jadi, kita kembali kepada cerita agent saya nie, sekali approach, prospect tu very2 positive dan ada chance untuk open dia plan takafulink (simpanan dan medical card). Sebab apa?..kita tak tau prospect nak ke tak nak policy selagi kita tak buat fact finding atau dengan bahasa yang mudah, selagi kita tak tanya.


So, macam tu la ceritanya. Dalam kita terfikir2 macam yang negative. Amik masa sesaat utk kita nekad dan approach. Kalau kena reject sekali pun, apa yang kita rugi?...kita hanya mampu sampaikan apa yang terbaik kepada prospect kita. Selebihnya Allah yang pegang hati2 mereka. So, kena le berdoa " Ya Allah, Engkau bukakanlah hati prospect nie, supaya beliau menerima cadangan takaful yang aku berikan"...kena berdoa....mudah-mudahan client akan lembut hati.


Pekara ini lebih kepada keupayaan kita untuk "PERCAYA"...sebab business insurance/takaful agent perlu percaya..bahawa rezeki yang Allah bagi untuk semua orang. Kalau orang tu kerja kuat, Insyallah, dapat banyak. Kalau kerja dah kurang, apa yang kita harapkan?...


Selain percaya, anda perlu ada DETERMINATION yang tinggi. Bahasa yang paling mudah kalau you nak sesuatu tu, you akan berusaha untuk dapatkan apa yang you nak. You nak, kena NEKAD SESAAT....buat keputusan dan bertindak. Dalam business insurance / takaful, pada saya kita kena buat dulu baru analysed, jangan asyik analysed...akhirnya kita tak buat apa2 tindakan pun.


Macam mana kita nak dapatkan determination dengan apa yang kita buat?...pada saya mudah..."Agent perlu ada CRYSTAL CLEAR GOAL". Maknanya apa yang agent tu mahukan, diorang perlu jelas...apa dan kenapa?....selepas tu, buat planning untuk dapatkan jawapan bagaimana nak buat. Akhir sekali adalah platform untuk kita praktikkan apa yang kita belajar. Jadi, seperti gambar di bawah ni, kalau anda boleh bayangkan apa yang anda ingin capai, sooner or later, Anda akan dapat. Insyallah.


goalwww.azizriadi.com

Thursday, 16 January 2014

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara, Ramai Yang Abaikan Sekelumit Yang Cari

Ramai orang merungut harga barang naik, harga minyak naik, harga itu naik harga ini naik, tapi tak buat apa-apa, hanya sekadar merungut.


Sukarnya kehidupan dalam dunia moden sekarang ini kerana semua benda kena bayar, semua perkhidmatan kena bayar, hinggakan nak masuk lubang kubur pun kena bayar.


Setiap hari orang sibuk bekejar ke sana ke sini mencari rezeki, namun apa yang dikejar kadang-kadang tak memadai, habis duit minyak saja ke hulu ke hilir tanpa hasil.


Ada pulak yang berhabis-habisan melabur di sana sini, konon-konon akan dapat pulangan jutaan ringgit.  Baru-baru ni seorang kawan telefon isteri saya inform ada peluang baik.  Ada kumpulan bijak pandai yang sedang kumpul dana nak ambil harta milik kerajaan Malaysia di England yang terbiar sejak zaman British dulu.


Pengambilan melalui proses undang-undang katanya, jadi perlukan modal yang besar.  So diaorang pun pakat ramai-ramai "melabur" ada yang seribu ada yang sepuluh ribu dan ada yang berpuluh-puluh ribu, dengan harapan yang menggunung akan dapat keuntungan berlipat kali ganda.


Yang peliknya sahabat saya ini sanggup berhutang dengan bank untuk melabur dalam "projek pelik" ini.  Saya cakap kat isteri, "mintak maaflah, dulu dah pernah kena sekali, melabur dengan syarikat sdn bhd, siap sign perjanjian lagi.  Last last syarikat lenyap, habuk pun tak dapat...


Itu cerita lama 20 tahun dulu, sekarang tak teringin lagi nak melabur dalam skim-skim yang sememangnya merujakan orang-orang yang ada rasa tamak dalam hati.


Haaa... itulah keyword atau kata kunci kenapa skim-skim cepat kaya ini wujud, walaupun kadang-kadang projeknya tak masuk dek akal.


Tapi kenapa ye... bila kita ajak orang berjimat cermat menyimpan setiap bulan untuk persediaan semasa sakit, 99.9% pasti menolak dengan berbagai-bagai alasan.  Bukan ke Rasulullah s.a.w dah pesan supaya kita ingat lima perkara sebelum lima perkara.  Antaranya sihat sebelum sakit?


Tambahan pula kos perubatan sekarang ni sangat-sangat mahal,  kalau kita tak beringat dari sekarang, bila kita perlukan rawatan pastilah menyesal tak sudah sebab satu ketika dulu bila orang unjukkan flyer Takaful kita tolak mentah-mentah, kalau ambil pun kita buang ke tong sampah atau tinggalkan atas mesen ATM di bank.


Janganlah begitu kawan, seeloknya ambil baca dan dapatkan penerangan lanjut dari mereka yang nak membantu kita supaya sedar Islam menggalakkan supaya kita berjimat cermat dan beringat-ingat semasa senang supaya tidak kepayahan semasa sakit.flyers500

Bukan nak promot, tapi kesian flyer ni ditinggalkan di atas mesen ATM, mungkin dengan menyebarkan gambar ni dapat membantu ramai orang yang memerlukan.  Ramai yang ignore tapi ada juga sekelumit yang tercari-cari kerana mereka tahu manafaat yang tersurat dan tersirat.