Galaxy Note 2 dah lama berada dalam pasaran, kini ditenggelamkan oleh adiknya Galaxy Note III. Harga biasa semasa dilancarkan beberapa tahun dulu melebihi RM2,000 Tapi sekarang rata-rata bila saya lihat di pasarraya di Bandaraya Ipoh dan Pulau Pinang harganya telah turun mencserendah RM1599 tapi boleh dapatkan pada harga yang lebih murah, serendah RM1399. wow!! murahnya siapa nak bagi!!
Apa yang saya suka dengan Galaxy Note II ni ialah memorynya yang sebesar 16GB itu boleh memuatkan beratus-ratus gambar dan video yang diambil semasa percutian bersama keluarga atau gambar majlis perkahwinan atau mengambil gambar flora dan fauna sebagai hobi.
Didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih tapi saya minat pada warna putih yang cantik, lagi pun warna putih kurang menyerap haba panas, kalau diletakkan dalam poket, kita kurang berpeluh kerana tidak ada haba panas yang tersimpan.
Ketebalannya hanya 9.4mm, dimuatkan dengan 1.6GHz quad core processor dan dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean OS tidak akan mengecewakan jika anda mengutamakan kepantasan juga sangat berpuas hati dengan "kotak" memorinya sebesar 16GB dan microSD sebesar 64GB .
Super Sensitive Touch Screen, ciri yang pasti memukau dengan screen magnificent 4.3” HD super AMOLED yang sangat cantik dipandang dan sangat sensitive bila disentuh. Pernah dulu saya memiliki jenama lain yang sangat "degil" setiap kali nak berhubungan rasa geram dengan "kelambatan" responnya pada sentuhan jari.
Buat apa nak buang duit beli latest model, beli model lama pun dah memadai dan lebih jimat.
Pastikan dapat benda-benda di bawah ni semasa beli Samsung Galaxy Note II yang dah sangat murah sekarang ni:
- 1 x Samsung GALAXY Note II
- 1 x S pen
- 1 x Battery
- 1 x Adapter cable
- 1 x USB cable
- 1 x Headset
- 1 x User manual