Tuesday, 7 January 2014

Keputusan Dalam Kehidupan Tak Dapat Dipisahkan

Hari ni dah pun 7 hari kita berada dalam tahun masihi 2014, teringat pada tarikh ini aku mula bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia pada masa itu yang sekarang dah hilang lenyap ditelan kemajuan.


7 haribulan juga aku terpacul ke dunia yang fana ini dan menjalani kehidupan yang serdahana-sederhana saja.  Terfikir kenapa aku lahir ke dunia ini, kenapa pulak memilih kerja di bank sedangkan aku dah diterima bekerja oleh sebuah jabatan kerajaan?


Setelah sekian lama di bank, empat bulan dulu aku ambil option berhenti dengan sedikit pampasan... Mengeletar juga kepala lutut, apa tidaknya selepas ini aku tak tahu nak kerja apa?


Jumpa kawan lama yang berkecimpung dalam industri Takaful, buat keputusan lagi dan ambil exam dan lulus, terus join dia. Betul ke keputusan yang aku buat...?


Sabtu lepas di KB aku jumpa puluhan anak muda dan tua yang telah buat keputusan lama dah, masing-masing dengan kejayaan masing-masing. Mengambil cabaran atau mencabar diri melayari bahtera di lautan duniawi... sekarang mereka berbangga dengan keputusan yang diambil tiga empat tahun dulu.


Semalam bertemu pulak dengan seorang pensyarah muda yang segak bergaya, aku dekati dan bermain-main dengn quotation di depannya, nampak macam nak sangat... tapi sukarnya nak buat keputusan.


Ops.. kawan dah panggil nak ke lapangan yang sepatutnya kami pergi pagi tadi, tapi telah sepakat mengambil keputusan untuk tangguhkan hingga tengah hari kerana seorang sakit perut dan seorang lagi demam, mentelahan pun hari hujan.


Pasti ada hikmahnya.... selamat membuat keputusan di tahun baru 2014!