Friday, 31 January 2014

Perisian FileZilla Palsu Mengandungi Malware Tersebar Luas Di Internet

Salah satu cara memuat naik data-data ke server ialah dengan menggunakan teknik FTP atau File Transfer Protocol melalui perisian yang sangat popular FileZilla yang percuma itu.


Terutama bagi usahawan internet yang menggunakan laman web ciptaan sendiri seperti minisite sangat memerlukan perisian ini kerana begitu mudahnya membuat uploading maklumat yang dikemaskini.filezilla-malware


Maklumat yang dipaprkan dalam laman web Informasi Komputer & Teknologi Terkini, Amanz.my kini terdapat versi FileZilla palsu yang yang berfungsi sepenuhnya tetapi mengandungi malware.


"ia dikatakan menyertakan kod untuk mencuri data log masuk ke pelayan, sekaligus membahayakan pelayan yang digunakan pengguna"


Jadi, berhati-hati jika nak download perisian terkini FileZilla. Disarankan memuat turun perisian ini hanya dari laman web rasmi FileZilla dan bukan dari laman web lain yang mengandungi adware, menurut Amanz.my.