Friday, 31 January 2014

Saya Hanya Baca Sikit Saja Untuk Jadi Ajen Insurans Berjaya

Semalam beli buku ni... Nota Jutawan Nota Motivasi tulisan Dr Irfan Khairi yang dah jadi jutawan pada usia 25 tahun dengan bisnes internet.  Katanya dia dah menyimpan impian nak jadi jutawan sejak dari umur 16 tahun lagi cuma tak tahu macam mana caranya nak sampai ke situ.SEMC 3MP DSC


Ramailah orang yang berangan-angan nak jadi jutawan, sebab itu banyak lahir program skim cepat kaya di dunia ni. Itu semua memanglah boleh jadi kaya tapi caranya tak betul, sebab hanya beberapa orang saja yang kaya, ramai yang merana.


Sesetengahnya pulak tak tahu yang mana satu nak buat, terlalu banyak idea, semua bisnes nak buat dalam satu masa tapi akhirnya kecundang jatuh ditimpa tangga, bisnes tak menjadi hutang menggunung tinggi.


Ada satu bab yang sangat menarik dalam buku ni, kisah Dr Irfan bersembang dengan seorang ejen insurans yang berjaya tetapi tidak mahir membaca dan berbahasa Inggeris.


Ajen insurans ni menggunakan satu idea yang unik dan sangat menarik dalam usaha mendapatkan pelanggan.  Bila ditanya dari mana dapat idea tu... jawabnya dari buku Blue Ocean Strategy tulisan W. Chan Kim yang tersohor di seluruh dunia dengan Bahasa Inggeris yang advance.


Pelikkan? Tapi bila ditanya bagaimana dia baca buku yang tebal tu, jawabnya "saya hanya baca sikit sahaja buku tu dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan".


Berbaloi-baloi beli buku berharga RM119 tu tapi pandai implimentasikan walau satu idea saja boleh jana pendapatan pasif beribu-ribu sebulan.  Yang menjadi misterinya idea yang mana satu ajen insurans yang berjaya tu baca dan implimentkan untuk kejayaan bisnes insuransnya.


Satu idea sahaja dah sukup, jangan banyak-banyak....