Blogging sangat menyeronokkan jika anda bersemangat atau ghairah terhadap subjek kegemaran anda tetapi amat mengecewakan jika analytic (Google) menunjukkan blog anda tidak ada pengunjung atau trafik. Bermakna tidak ada orang yang membaca dan menghargai apa yang anda tulis. Anda keseorangan seumpama anda menukis sebuah buku dan buku itu tersimpan di rak buku dalam bilik bacaan.
Jadi apakah yang tidak kena?
Di sini ada 10 kemungkinan kenapa blog anda tidak ada trafik yang tinggi.
1. Anda baru hanya bermula
Di sini anda memerlukan kesabaran dan ketekunan yang sangat tinggi. Tidak ada sesiapa yang mampu menarik ramai orang membaca blog mereka jika kita baru hanya mula menulis blog.
Ianya adalah perjalanan yang jauh yang memerlukan beribu-ribu langkah dalam membina karektor dalam masa yang sama menambahkan trafik ke blog.
2. Tajuk blog atau entri yang tidak menarik
Jika anda menulis tajuk yang tidak dapat memenuhi beberapa prinsip asas dalam menulis tajuk atau "head line" ia menyebabkan orang tidak pandang dengan apa yang anda tulis. Tulislah sesuatu yang menarik perhatian yang boleh menyebabkan orang terbeliak mata seperti ini.
3. Tidak menulis dengan kerap
Adakah anda menulis di blog hanya mengikut mood atau kata orang ikut dan sahaja dan "jarang...jarang..." ikut kata P. Ramlee? Jika anda ingin mendapatkan pembaca tetap yang sentiasa mengikuti blog anda maka sudah semestinya anda perlu menulis dengan konsistan. Perasankan anda majalah yang dijual di kedai-kedai buku diterbitkan dalam sela masa yang tetap seperti setiap minggu atau setiap bulan malah akhbar juga di tulis setiap hari.. Jadi buatlah posting sekerap yang mungkin dan tetap konsisten dan anda akan membina pembaca setia.
4. SEO (Search Engine Optimisation) yang lemah
SEO yang baik akan menyebabkan Google menghantar pembaca ke blog anda secara organik melalui pencarian di Laman Carian dengan menggunakan kata kunci yang tertentu. belajar dan kuasilah perkara teknikal ini. Mana nak dapat ilmu ini? Buat saja carian di Google akan ada banyak tutorial PERCUMA yang anda tak perlu bayar walau satu sen pun.
Bagi pengguna Wordpress boleh saja menggunakan SEO plugin dari Yoast yang sangat membantu. Saya yakin anda akan banyak belajar darinya dan berpuas hati.
5. Follower di Twitter anda terlalu sedikit
Twitter merupakan antara cara terbaik untuk mendapatkan pelawat ke blog atau website. Jika anda mempunyai ramai pengikut di Twitter anda menghantar headline kepada pengikut anda dengan tajuk-tajuk yang menarik. Selain dari itu anda boleh saja membuat group di Facebook atau join mana group. Anda juga boleh post tajuk-tajuk menarik di group facebook.
Masalahnya anda dikenakan bayaran atau perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan. Saya sarankan anda join group Ruang Iklan Maya dan terus boleh terus buat posting. Anda hanya diminta Add sebanyak mungkin rakan facebook anda untuk memeriahkan group itu.
6. Tulisan anda membosankan
Lu pikir lah sendiri!! jika blog anda membosankan, siapakah yang teringin nak membacanya? Ianyatidaklah terlalu susah sangat kalau anda rajin membuat sedikit kajian tentang apakah yang orang suka baca dan yang lebih bagus kalu anda dapat menulis sesuiatu yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
7. Tidak fokus
Inilah satu tabiat yang susah nak diubah, sekejap kita tulis pasal handphone sekejap tulis pasal bonzai sekejap pulak tulis pasal kura-kura, orang pun jadi keliru. Kalau nakkan pembaca setia tulislah tentangb sesuatu bidang sahaja yang di panggil niche. Ketahui minat dan sasaran pembaca anda dan stick dengannya dan jangan keluar dari topik.
Cakap senang la kan? kita bukan orang profesional yang boleh tulis beribu-ribu artikel dalam niche yang sama. Mulalah nak spin je... lepas tu copy and paste, habis cerita.
Tapi yakin la kat Malaysia ni tak ramai yang boleh buat niche blog macam Amanz.my ni. Sekolah tinggi beb! kena update hari-hari info dari sumber yang berbagai kalau tak nak tulis satu entri pun boleh tercirit birit.
8. Tak nak kongsi konten blog di laman sosial
Satu yang ajaibnya, sosial media seperti Facebook, Twitter, Linkedln boleh bawak banyak pelawat ke blog kita. Cuma pandai-pandailah nak guna. Kalau nak advance lagi buat video sendiri yang menarik post kat youtube... sah sah dapat banyak pelawat. Macam saya kata kat atas tulah... gunakan Facebook pun dah cukup buat permulaan ni.
9. Malas nak blog walking
Rasa-rasanya semua orang tahu makna blog walking, kalau malas nak buat komen di blog-blog lain susahlah nak cakap. Kalau baca mana-mana tutorial pun inilah ayatnya "komen dan letak link" kat blog orang lain.
10. Percaya pada keajaiban
Inilah masalahnya , kita cepat percaya pada keajaiban. Buat blog , tulis lebih kurang kemudian harap Allah bagi pelawat berduyun-duyun. Malas nak membaca perkara-perkara yang ilmiah, suka baca artikel yang santai santai dan mengarut saja. Bacalah sikit blog blog yang dah top tu kat sana banyak ilmu tak payah bayar pun.
Contoh la kan.... blog yang hebat-hebat kat Malaysia ni Amanz.my, Denaihati.com, PuanBee.com, Justkhai.com, dan banyak lagi