Friday, 28 February 2014

14 Kelebihan Wanita Mengandung Dalam Islam

14 Kelebihan Wanita Mengandung


1. Apabila seorang wanita mengandung seorang bayi dalam rahimnya, maka para malaikat akan beristighfar untuknya, Allah swt mencatitkan 1,000 pahala dan menghapuskan 1,000 dosa setiap hari


2. Apabila sampai masanya wanita tersebut merasa sakit hendak melahirkan, di saat itu Allah mencatitkan pahala baginya seperti pahala orang berjihat.


3. Setelah wanita itu melahirkan kandungannya segala dosanya terhapus dan dia berada dalam keadaan suci seperti bayi yang dilahirkannya.


4. Setiap teguk susu yang diberikan kepada anaknya untuk membesarkannya akan mendapat satu kebajikan pula


5. Kepayahan ibu bersengkang mata menjaga anaknya yang sakit semalaman, akan mendapat pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas.


6. Kelebihan solat wanita yang mengandung lebih baik 80 kali dari perempuan biasa.


7. Wanita yang memberi minum air susu ibu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titisan susu yang diberikannya.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.


9. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti orang yang berpuasa di siang hari. facebook/kaligrafi


10. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.


12. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.


13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka para malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.


14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.


Betapa mulianya wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah SWT. Bukan dengan cara kehamilan yang Na'udzubillah...


Wallah hu a'lam...