Saturday, 8 February 2014

3 Langkah Mengasah Imaginasi Untuk Mencapai Kejayaan

Untuk berjaya dalam apa bidang pun ilmu tersangat penting, fakta ini tak boleh disangkal sehingga disebutkan oleh imam Syafie  “Barang siapa yang ingin kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang ingin kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barang siapa yang ingin kejayaan pada keduanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah dengan ilmu (pula)”


Banyak juga orang yang tak berjaya mencapai impian mereka bukan kerana tidak ada ilmu, dah berusaha bermati-matian masa dan wang banyak dilaburkan tapi apa yang dicita-citakan masih tak kesampaian.


Mana nak kesampaian, impian tinggi menggunung ingin menjadi jutawan tapi dok masih terperuk dengan kerja makan gaji yang dah tentu tak akan dapat menjanjikan pendapatan yang lebih dari apa yang dikontrakkan oleh majikan.


Langkah pertama keluar dari kepompong makan gaji kemudian bergaul dengan orang-orang yang dah berjaya memenuhi impian mereka masing-masing, barulah nampak apakah rahsia sebenar bagaimana mereka mencapai impian mereka.


Cuba perhatikan sepotong kata-kata Albert Einstein seorang ahli fizik yang terkenal " Imanigasi lebih penting daripada ilmu.  Ilmu terhad kepada apa yang kita tahu dan faham sekarang sementara imaginasi merangkumi keseluruhan apa yang kita akan tahu dan akan faham seantero alam".


Setiap orang yang berjaya mereka mempunyai Vision Board yang ditampal di dinding-dinding bilik tidur  atau diletak di atas meja di pejabat mereka. Itulah yang diajar setiap kali mereka menghadiri bengkel, seminar atau kursus motivasi.


Imanginasi merupakan gambaran jelas dalam fikiran tentang apa yang kita inginkan, Setiap manusia boleh merealisasikan cita-cita dan impian melalui gambaran jadi imaginasi adalah langkah terpenting  dan mula-mula sekali perlu ada untuk mencapai kejayaan.


Imaginasi pula perlu diasah dan diasuh setiap hari melalui tiga langkah mudah:




  1. Bayangkan perkara yang kita inginkan sekerap yang mungkin setiap hari macam orang kata pagi, petang, siang, malam jangan berhenti berimaginasi sehingga apa yang dicita-citakan tercapai.

  2. Bayangkan apa yang kita inginkan dengan sangat teliti dan lengkap contonnya jika kita inginkan sebuah kereta, bayangkan jenis, model, rupa bentuk luar dan dalam dan sebagainya.  Paling senang print saja gambar kereta idaman anda dan tampal di tempat yang senang "dicapai" oleh mata setiap masa.

  3. Bayangan tadi perlu disimpan dalam minda untuk satu tempoh yang agak lama yang terbaik lebih dari 1 minit.


vision