Thursday, 20 February 2014

Gara-gara mempunyai akaun facebook, remaja perempuan direjam sampai mati tidak benar

Gara-gara mempunyai akaun facebook, remaja perempuan direjam sampai matigambar hiasan



Gara-gara mempunyai akaun facebook, remaja perempuan direjam sampai mati


DAMSYIK – SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.


Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.


Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.


“Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina,” menurut laporan itu. – Dailymail


rajam1


Sebenarnya laporan itu adalah karut, gambar itu adalah dari sedutan filem The Stoning of Suraya.Rujuk video di bawah:-


https://www.youtube.com/watch?v=5_DFbw4IW-s (youtube ini telah di delete)


1. Apa yang tersiar di berita ataupun yang dilaporkan oleh media antarabangsa tak semestinya benar dan fakta. Mungkin mereka berniat buruk untuk menunjukkan batapa kejamnya islam.


2. Dan setahu aku orang-orang yang berada di Syria bebas je memiliki FACEBOOK. Siap update situasi semasa lagi. Pelik tak?


Zaman sekarang benda yang kita rasa betul pun belum tentu betul.newmalaysianpost.com