FBIKatanya, ia berdasarkan kepada asas terdapat tiga orang warga Amerika Syarikat yang merupakan penumpang kepada pesawat MH370 yang masih belum dijumpai.
Memetik laporan portal www.latimes.com, penumpang keempat warga Amerika Syarikat adalah bayi yang juga warganya.
“Ini memberikan kami peluang untuk menyiasat kes ini,” kata pegawai ini yang menyatakan siasatan itu masih lagi di peringkat terlalu awal.
“Tetapi apa yang berlaku adalah suatu misteri,” katanya.

fbi-sfSpan“Walaupun terdapat dua penumpang yang menaikinya menggunakan pasport curi, namun ia tiada petunjuk lagi ia serangan pengganas.
“Kehilangan pasport bukanlah petunjuk jelas kepada serangan pengganas,” katanya.
Sehingga kini katanya ‘tiada bukti’ ia adalah perbuatan pengganas.
Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.
Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
EZY