Kelihatan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan operasi mengesan pesawat MH370 di Selat Melaka. - KAMARUL ARIFFIN/The Star
Anggota TUDM bersiap sedia untuk berlepas dengan pesawat Hercules C130 dari Subang. - foto Kamarul Ariffin/The Star
Anggota TUDM di dalam pesawat Hercules C130. - foto Kamarul Ariffin/The Star
Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin melihat sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika membuat tinjauan menerusi pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan sektor Pantai Barat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 pada Selasa. - fotoBERNAMA
Ahli keluarga salah seorang penumpang MH370 menunggu bas selepas mendapat visa ke Malaysia di Hotel Metro Park Lido, Beijing pada Selasa. -AFP
Sebuah helikopter Superlynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlepas dari KD Selangor dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang. Antara aset TLDM yang terbabit dalam SAR MH370 adalah KD Lekiu, KD Selangor, KD Perantau, KD Jerai dan Helikopter Superlynx. - fotoBERNAMA