Bimbang tak kembali, Fauzi Nawawi dan Lisdawati mohon maaf
Hari ini dikhabarkan pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan isteri Lisdawati berangkat ke tanah untuk mengerjakan Umrah. Fauzi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama Lisdawati.
Mereka akan mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sebelum ke sana Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.
“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran. Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami,” katanya dipetik portal murai.com.my.
Ada yang berkata permohonan maaf Fauzi ini turut ditujukan kepada Sharnaaz kerana sengketa mereka sebelum ini.KiniNews