Saturday, 22 March 2014

E! News Asia Special Bongkar Rahsia Lisa Surihani

Lisa-Surihani-550x264Menjadi selebriti Malaysia pertama yang terpilih membintangi siri dokumentari biografi E! News Asia Special, rahsia yang tidak diketahui ramai mengenai Lisa Surihani bakal dibongkarkan menerusi program tersebut.

Rancangan selama 30 minit itu bakal menyaksikan komen-komen serta pendapat individu yang rapat dengan Lisa mengenai perwatakan sebenar aktres kesayangan ramai ini.

“Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Antaranya yang ditemu bual penerbit ialah suami Lisa, Yusry Abdul Halim, ahli keluarga Lisa serta teman-teman rapat Lisa seperti Fazura.

Sebelum ini E! News Asia pernah menampilkan program serupa mengupas kehidupan Aaron Aziz (Singapura), Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina).

E! News Asia Special Lisa Surihani bakal ditayangkan pada 30 Mac, jam 10 malam di saluran Astro 712.