
Beliau berkata demikian selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Kajang yang dahagakan pembangunan cenderung untuk memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.
"Sokongan terhadap Chew sangat positif. Mereka ingin melihat perubahan memandangkan wakil rakyat sebelum ini tidak menunaikan janjikan seperti yang terkandung dalam manifesto," katanya. - Bernama, 22 Mac, 2014.