[caption id="attachment_974" align="aligncenter" width="300"]

Insiden pada Ogos Tahun lalu itu telah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat India berhubung isu keselamatan wanita.
Mahkamah di sini mendapati Mohammed Salim Ansari, Siraj Rehmat Khan, Vijay Mohan Jadhav dan Mohammed Kasim Hafeez Shaikh bersalah merogol jurugambar berusia 22 tahun tersebut.
Hukuman terhadap tertuduh akan diputuskan oleh mahkamah pada hari ini.
Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 20 tahun dan maksimum seumur hidup.
[caption id="attachment_973" align="aligncenter" width="300"]

Semua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 22 tahun ketika ditangkap, didapati memperkosa mangsa di pekarangan sebuah kilang bijirin usang di sini.
Sementara itu, tertuduh kelima dalam kes berkenaan dibicarakan secara berasingan di sebuah mahkamah juvenil. – AFP