Saturday, 22 March 2014

Lenovo A850 Saingan Hebat Buat Samsung

Lori sewa nak cerita sikit,semalam beli handphone baru yang besar gedabak. Bukan apa senang nak buat kerja untuk ambil gambar dan sebagainya. Lenovo A850 susah gak nak dapat model ni di Sungai Besar.  kebetulan sampai ke sana.

Lenovo-A850


Punya ciri-ciri menarik, biasalah touch screen dengan screen besar saiz keseluruhan 5.5" dah cuba surf beberapa blog guna lenovo ni, memang best "crystal clear".  Lori sewa tak pandai nak komen guna ayat teknikal, cuma nak bagi tahu smartphone ni ada ciri-ciri yang terdapat dalam handphone yang berharga dua ribu kalau beli had dari Korea tu.


Screen touch yang sensitif, sentuh sikit je dah respond, dan memang laju kerana dilengkapi dengan quard core processor yang memungkinkan multi tasking.


Mempunyai 2 SIMKAD yang menjadi keperluan tambahan kepada handphone zaman yang serba mencabar ini.  Jadi tak ada lagi masalah terputus hubungan kerana boleh guna dua telko company.


Ciri-ciri yang hebat Lenovo A850 ialah sistem GPS yang boleh berfungsi walaupan tanpa internet kerana mempunyai "satellite controlled GPS".


Gambar?  Tak payah nak cerita panjang-panjang tengok saja di bawahlenovo a850


lenovo a850-1


lenovo a850-2


Tiga gambar yang diambil secara menegak di bawah cahaya lampu kalimantang dengan flash binadalam.