Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan program kejuruteraan di Jerman, Perancis, Jepun dan Korea bagi tahun ini kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.
JPA dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memaklumkan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my bermula esok hingga 27 Mac ini.
Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang atau e-mel ke penawaranlsp@jpa.gov.my.
“Setiap pemohon adalah digalakkan untuk menyemak status terkini permohonan di www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my, kata kenyataan itu.