Sampaikanlah Walaup Hanya Satu Ayat ... tentu dah biasa dengarkan? Frasa ini bukan sembarangan ianya menyuruh kita berdakwah. Berdakwah pula bukan maksudnya memberi ceramah-ceramah di masjid sahaja. Dakwah maksudnya mengajak atau menyeru.
Mengajak ke mana? Pada asasnya mengajak ke mana sahaja tetapi dalam maksud ayat di atas ialah mengajak mendekatkan diri kepada Allah.
Sampaikanlah Walaup Hanya Satu Ayat adalah cogankata atau motto bagi blog shafiqolbu.wordpress.com yang sarat dengan mutiarakata, hadis Rasulullah saw, doa-doa dan bermacam-macam panduan yang berguna. Pada pandangan saya teramat rugi jika tidak ke blog shafiqolbu.
Apa yang kita dapat jika melawat blog shafiqolbu? Secara jujur saya katakan di sana penuh dengan ilmu. Jika shofiqalbu menulis sesuatu tajuk pastilah dengan bersungguh-sungguh dan dalam sesetengah entri dengan agak "akademik" sebagai contoh Shofiqolbu menulis mengenai ibadah Umrah dan Haji. Lengkap dengan rujukan Al-Quran dan hadis Rasulullah saw.
Malahan kelebihan mendapat rujukan dari blog Shofiqolbu bukan seperti membaca buku malah diselitkan juga video seperti Nasyid dari kumpulan Raihan sebagai selingan dan hiburan.
Kita juga di-"redirect" juga kepada tajuk-tajuk penting berkaitan ibadat umrah dan haji.
Pun begitu Shafiqalbu seorang yang kreatif, hampir setiap entry dihiasi dengan gambar-gambar menarik yang dimuatkan dengan hadis-hadis berkaitan atau doa-doa penting untuk amalan.
Tidak seperti blogger lain, Shafiqalbu menjuruskan penulisannya hampir 100% kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.
Jika anda kekeringan idea untuk menulis, ikuti sahaja langkah Shofiqalbu... Sampaikanlah Walau Hanya Satu Ayat.