Thursday, 16 January 2014

Bagaimana Cara Supaya Blog Cepat Terindex Google - Yahoo - Bing

Blog klip-klip ini baru saja bermula dan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan blog ing cepat terindex di Google, Yahoo dan Bing.


Apalah gunanya ada blog kalau tak terindex di Google, samalah seperti anda ada sebuah kedai yang penuh dengan barangan untuk dijual tetapi tidak ada jalan untuk orang sampai ke sana.


Setelah membuat carian bagaimana supaya blog cepat terindex di Google, yahoo dan Bing, saya terjumpa dengan sebuah blog Indonesia, bloggerpeer.blogspot.com yang menerangkan masalah ini dengan jelas.


Kata bloggerpeer, yang paling penting ialah menghantar Sitemap ke kesemua search engine Google, Yahoo dan Bing.  Bagi yang menggunakan blogspot tak ada masalah kerana blogspot dah sedia terintegrasi seperti berikut:




  • http://bloggerpeer.blogspot.com/sitemap.xml

  • http://bloggerpeer.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

  • http://bloggerpeer.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated


Tetapi bagi pengguna wordpress yang menggunakan hosting sendiri perlulah membina sendiri sitemap mereka, tapi tak perlu susah-susah kerana terdapat banyak plugin percuma yang boleh digunakan seperti XML Sitemap & Google News Feeds, Better WordPress Google XML Sitemaps, Google XML Sitemaps dan banyak lagi yang boleh didownload dan install ke blog anda.


Buat submition melalui Google Webmaster Tools dan Bing Webmaster Tools bagi Yahoo dan Bing.


plugin-wordpress

Entri ini sangat berguna buat saya dan harap-harap sangat berguna juga buat anda.