Thursday, 16 January 2014

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara, Ramai Yang Abaikan Sekelumit Yang Cari

Ramai orang merungut harga barang naik, harga minyak naik, harga itu naik harga ini naik, tapi tak buat apa-apa, hanya sekadar merungut.


Sukarnya kehidupan dalam dunia moden sekarang ini kerana semua benda kena bayar, semua perkhidmatan kena bayar, hinggakan nak masuk lubang kubur pun kena bayar.


Setiap hari orang sibuk bekejar ke sana ke sini mencari rezeki, namun apa yang dikejar kadang-kadang tak memadai, habis duit minyak saja ke hulu ke hilir tanpa hasil.


Ada pulak yang berhabis-habisan melabur di sana sini, konon-konon akan dapat pulangan jutaan ringgit.  Baru-baru ni seorang kawan telefon isteri saya inform ada peluang baik.  Ada kumpulan bijak pandai yang sedang kumpul dana nak ambil harta milik kerajaan Malaysia di England yang terbiar sejak zaman British dulu.


Pengambilan melalui proses undang-undang katanya, jadi perlukan modal yang besar.  So diaorang pun pakat ramai-ramai "melabur" ada yang seribu ada yang sepuluh ribu dan ada yang berpuluh-puluh ribu, dengan harapan yang menggunung akan dapat keuntungan berlipat kali ganda.


Yang peliknya sahabat saya ini sanggup berhutang dengan bank untuk melabur dalam "projek pelik" ini.  Saya cakap kat isteri, "mintak maaflah, dulu dah pernah kena sekali, melabur dengan syarikat sdn bhd, siap sign perjanjian lagi.  Last last syarikat lenyap, habuk pun tak dapat...


Itu cerita lama 20 tahun dulu, sekarang tak teringin lagi nak melabur dalam skim-skim yang sememangnya merujakan orang-orang yang ada rasa tamak dalam hati.


Haaa... itulah keyword atau kata kunci kenapa skim-skim cepat kaya ini wujud, walaupun kadang-kadang projeknya tak masuk dek akal.


Tapi kenapa ye... bila kita ajak orang berjimat cermat menyimpan setiap bulan untuk persediaan semasa sakit, 99.9% pasti menolak dengan berbagai-bagai alasan.  Bukan ke Rasulullah s.a.w dah pesan supaya kita ingat lima perkara sebelum lima perkara.  Antaranya sihat sebelum sakit?


Tambahan pula kos perubatan sekarang ni sangat-sangat mahal,  kalau kita tak beringat dari sekarang, bila kita perlukan rawatan pastilah menyesal tak sudah sebab satu ketika dulu bila orang unjukkan flyer Takaful kita tolak mentah-mentah, kalau ambil pun kita buang ke tong sampah atau tinggalkan atas mesen ATM di bank.


Janganlah begitu kawan, seeloknya ambil baca dan dapatkan penerangan lanjut dari mereka yang nak membantu kita supaya sedar Islam menggalakkan supaya kita berjimat cermat dan beringat-ingat semasa senang supaya tidak kepayahan semasa sakit.flyers500

Bukan nak promot, tapi kesian flyer ni ditinggalkan di atas mesen ATM, mungkin dengan menyebarkan gambar ni dapat membantu ramai orang yang memerlukan.  Ramai yang ignore tapi ada juga sekelumit yang tercari-cari kerana mereka tahu manafaat yang tersurat dan tersirat.