Wednesday, 15 January 2014

Cadangan Kadar Parking Kereta di KL RM40 Sejam

full-parking-lot

Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, puan Khairiah Mohd Talha dalam satu Persidangan Lebuh Raya di Johor tak lama dulu meyuarakan supaya bayaran parking kereta di Bandaraya Kuala Lumpur dinaikkan ke RM40 sejam.


Terperanjat juga membaca berita ini kerana memang tak masuk akal.  Bayaran parking sekarang pun dah cukup mahal apa halnya pulak jika dinaikkan sehingga RM40 sejam.


Cadangan kenaikan yang begitu tinggi ni dibuat bukan saja-saja, tapi ini satu ikhtiar nak mengurangkan kesesakkan jalan raya yang setiap hari makin membimbangkan.  Tanda negara Malaysia ni makmur, dah ramai yang mampu beli kereta sendiri, ada yang sampai dua tiga buah seorang.


Boleh bayangkan tak macam mana kelam kabutnya suasana Kuala Lumpur di hari pertama cadangan ini dilaksanakan? Perkhidmatan awam seperti bas, LRT, monorail dan sebagainya akan penuh sesak macam bas mini di tahun 70 dan 80an dulu.


Keadaan jalan raya lengang dan lalu lintas jadi mudah tak ada lagi kesesakan.  Bestnya memandu di KL masa tu, dari Selayang ke Cheras ikut MRR2 tak sampai 15 minit.


Tapi macam mana pulak dengan syarikat yang buat bisnes parking, kenalah bersedia dari sekarang nak menghadapi "kekurangan" pelanggan kerana semua orang park kereta kat rumah masing-masing.


Harap-harapnya harga petrol akan turun bila permintaan berkurangan.  Tapi macam mana pulak dengan harga tambang bas, teksi atau LRT?  Kalau ikut teori ekonomi dah pasti harga akan naik berikutan permintaan yang luar biasa.


Negara-negara maju lain dah lama laksanakan peraturan ni, contonya Singgapura mengenakan caj RM100 sejam, Australia RM120 sejam, Amerika Syarikat caj RM130 sejam. Nampak mereka macam berjaya...


Harap-harapnya sebelum dilaksanakan, kajian mendalam perlulah dibuat dan kemudahan pengangkutan awam perlulah dinaik taraf kuantiti dan kualitinya supaya tak timbul masalah lain yang lebih kronik.