Salam sejahtera, hari ini saya nak mengajak sahabat berfikir sejenak tentang kewangan. Bagi sesetengah orang, wang bukanlah segala-galanya namun harus diingat kepentingan wang atau duit hampir sama penting dengan oksygen. Itu kata bijak pandai...
Bercakap soal duit, ramai yang hadapi masalah, bukan setakat tak ada duit tapi duit orang pulak yang kita simpan. Haha pelikkan? Pernah tak terfikir duit gaji kita lebih dari separuh kita gunakan untuk membayar hutang?
Itulah maksudnya "duit orang" yang kita simpan. Tak sempat bawa pulang ke rumah, duit gaji dah habis kita agih-agihkan kepada sipemiutang. Tak kiralah bayar pada bank, kedai motor, kedai TV, kedai runcit tempat kita ambil barang dapur setiap hari atau yang lebih parah bayar pada along.
Pernah tak terfikir ingin menyimpan untuk diri sendiri? Maksud saya bukan menyimpan di ASB, Tabung Haji atau di mana-mana tempat pelaburan. Tapi menyimpan untuk keperluan diri kita sendiri di saat-saat kita sangat-sangat memerlukan semasa kita terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kemalangan atau penyakit seperti demam denggi, batu karang, sakit buah pinggang dan sebaginya?
Tak terfikirkan? Kita berperasaan menyimpan untuk maksud tersebut sangat merugikan sebab kita tak nampak apa-apa selain dari lembaran kertas yang menyatakan terma dan syarat boleh claim ke tidak.
Katalah terfikir untuk menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan. Setahun kita ada RM2450, ditambah oleh dividen. 10 tahun ada RM30,000 lah katakan.
Tapi kalau sampai 10 tahun, kalau tak sampai? macam mana? Sakit pening atau kemalangan kita tak boleh nak jangka. Bayangkan dalam tempoh 3 tahun sekarang, mengidap sakit buah pinggang, kos dialisis sekarang pun dua, tiga ratus ringgit sekali rawatan. Cukupkah duit yang kita ada itu untuk menapung kosbil rawatan? Tak cukupkan......
Jadi saya nak buat cadangan yang tak ramai orang ramai lakukan....
Ambil plan Kad Perubatan atau Medical card, pilih yang terbaik dari agensi yang terbaik supaya tidak ada masalah bila kita perlukan fund itu nanti. Pastilah sahabat-sahabat akan merasa tenang semasa menerima rawatan di hospital-hospital pakar yang sahabat pilih.
Bukan tak boleh masuk ke hospital kerajaan, tapi sahabat sedia maklum kalau nak dapatkan rawatan batu karang misalnya, terpaksa menunggu hingga setahun barulah proses rawatan dapat dilakukan sedangkan sepuluh minit pun kita tak berdaya nak tanggung kesakitannya.
Jadi saya syorkan sahabat-sahabat mendapatkan Kad Perubatan dari Prudential BSN Takaful yang dijamin bebas dari riba.
Banyak ciri-ciri kebaikan Kad Perubatan PrudentialBSN Takaful ni, antaranya:
Manafaat Perlindungan - Pampasan kematian/lumpuh, Kemalangan /cacat kekal, 36 Penyakit Kritikal, Elain TPD, Sumbangan PERCUMA jika berlaku Penyakit Kritikal jika kita dah tak mampu nak buat bayaran premium. Maksudnya polisi akan terus aktif walaupun kita dah tak bayar caruman bulanan.
Manafaat Hospital - Kad Perubatan bagi membayar Bil Hospital abtara RM600,000 hingga RM4,000,000 secara Online, maksudnya tak payah nak bayar dulu pada hospital kemudian claim balik. Cukup dengan hanya tunjukkan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful dan kad pengenalan sahabat kepada pihak hospital dan segala bil akan di bayar oleh Takaful secara Online.
Bilik dan penginapan sehingga 200 hari. Menampung kos rawatan kecemasan akibat kemalangan seperti jari tersepit pintu dan sebagainya sehingga RM2,000 setahun. Bermakna jika mendapat rawatan di klinik biasa pun, boleh buat tuntutan.
Rawatan Kanser dan dialisis buah pinggang, elauan harian, elaun harian ICU dan elaun cuti sakit.
RM6,000 Pampasan akibat komplikasi kehamilan seperti kandungan luar rahim atau jika mendapat komplikasi selepas kelahiran.
Diberi pilihan samada mendapat Full Covertge atau Ko-Takaful (deposit 10% - maksima RM2,000) apabila mendapatkan rawatan di hospital.
Manafaat Simpanan - Di samping itu sahabat juga beroleh ketenangan dengan Skim Simpanan dengan kadar pulangan yang tinggi melalui pelaburan di dana-dana yang diluluskan di bawah syariah. Simpanan pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan apa sahaja tujuan pun asalkan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM1,000.
Jadi jangan bertangguh lagi hubungi 019-5522961 untuk dapatkan perlindungan Takaful terbaik untuk diri anda dan keluarga. Hidup merancang hati akan tenang.