Salam sejahtera, seperti biasa pagi tadi meneruskan perjalanan kehidupan meuju ke JPJ bukan nak renew road tax ke apa ke, bukan juga nak renew lesen memandu, saja nak jumpa kawan lama yang ada urusan di situ.
Macam tulah kehidupan kelip-kelip, sering merayau-rayau tanpa haluan tapi ada tujuan... Itulah nasihat senior-senior, "keluar je... walaupun tak tahu nak ke mana, tapi keluar je... Insyallah di sana ada rezeki, kalau duduk di rumah memanglah tak akan dapat apa-apa selain dari kebosanan".
Di JPJ dapat buat presentation ringkas kat abang kontraktor, tak bolehlah sebut nama dia yang kebetulan dah ada Plan Perubatan tanpa kad... so kelip kelip jelaskan serba sedikit kebaikan kita ada Medical Crad.
Yelah, siapa yang boleh jangka apa yang bakal terjadi di masa depan, kalau ikut circle kehidupan setiap orang akan mengalami 4 keadaan bermula dari kelahiran, hidup sihat, sakit dan last sekali mati. Teringat lagu Pak Herman Tino, "Mati adalah pasti..., hidup Insyallah..."
Bayangkan kita sakit dan perlukan rawatan segera dengan kos yang semakin meningkat, jika dah ada Kad Perubatan Prudential BSN Takaful tenanglah sikit hati kerana dengan kad ni boleh saja terus mendapat rawatan di mana-mana lebih 60 hospital pakar di seluruh Malaysia hanya dengan tunjuk Medical Card dan Kad Pengenalan.
Teringat cerita pak saudara yang kena buat pembedahan jantung, masuk hospital jam 9 malam dan terus kena buat pembedahan jam 3 pagi, tapi hospital minta deposit RM30,000, hah! mengelabah raban anak beranak, mana nak cekau tengah malam buta duit sebanyak itu.
Kalaulah ada Medical Card, kan ke mudah... pihak hospital pun tak banyak ragam, tengok saja Medical Card Prudential BSN Takaful dia orang dah confiden tak ada masalah dengan bayaran bil.
Tapi banyak orang ambil sikap "tak kisah" atau "tak penting" dengan plan perubatan, lebih "rela" membuang-buang duit berbelanja pada perkara yang bukan-bukan yang hanya memuaskan nafsu semata-mata.
Balik pada perjalanan tadi, menghala pulak ke hospital, lalu di Jabatan Pesakit Luar, mak datuk... ramainya orang yang menunggu berjam-jam nak jumpa doktor, kena ambil nombor giliran dulu, nak dapat nombor giliran pun dah makan masa, jumpa doktor, ambil ubat... sehari suntuklah berada di hospital, yang sakit tambah sakit...
Kalau ada medical card, kan ke mudah? Jadi ingatlah 5 perkara sebelum lima perkara.... dapatkan Pelan Perubatan Terbaik untuk anda dan keluarga tersayang.