
Salah satu aktiviti saya dalam bisnes ni ialah menyebarkan flyers dengan berbagai cara asalkan maklumat penting dan berguna ini sampai kepada masyarakat. Tak kira dengan cara berbayar atau percuma, yang penting saya telah menyampaikan maklumat yang sangat berharga ini terutama semasa sakit.
Dalam asyik menjalankan tugas, saya disapa oleh seorang wanita yang well dressing, menutup aurat dan bertanyakan beberapa soalan dan saya jawab serba ringkas. Dengan mudah sedia berikan nombor telefonnya dan setuju untuk buat appoiment dengan penuh minat.
Esoknya saya telefon beberapa kali tak berjawab, sehinggalah tengah hari baru berjawab dan bersetuju berjumpa di sebuah restoran depan Shell di Langkap. Sampai di sana kami bersembang dan saya buat sedikit presentation menggunakan laptop, tapi bersahaja wanita ni jawab dia dah ambil dengan syarikat insurans lain dua bulan lalu.
Dalam fikiran saya bertanya kenapa wanita ini ingin berjumpa saya jika dia dah ambil insurans lain. Semasa ditanya bekerja di mana, dia teragak-agak nak jawab dan macam tak tahu "bisnes" apa. Dia hanya sebut sebagai "share partner" bila di tanya apa jenis perniagaan tak boleh nak jawab.
Fahamlah saya dia sebenarnya nak tarik agent-agent Insurans Takaful macam saya untuk join bisnes dia orang sebab kami pandai "bercakap".
Cepat saya potong, "saya tak pandai cakap", lalu minta diri dan berlalu dari situ.
Rupa-rupanya rakan saya pun kena "approch" oleh team yang sama dengan tawaran yang sama. Join bisnes yang tak tahu apa nama syarikat, tak tahu di mana officenya dan hanya akan diberitahu setelah menghadiri "talk" di KL dengan bayaran beberapa ratus ringgit.
Cukup-cukuplah tu memperdayakan orang dengan keuntungan ribuan ringgit tapi tak tahu entah di mana.
Terima kasih kepada Aminah selamat maju jaya dalam bisnes anda. Ya, nama perempuan ini Aminah seperti yang diberitahu kepada saya.
Pesanan saya kepada yang membaca entri ini, berhati-hati dengan tawaran-tawaran yang menjanjikan bulan dan bintang kerana anda akan kerugian ribuan ringgit juga akhirnya.
Cadangan saya, dapatkan Manafaat Terbaik Prudential BSN Takaful dari kami untuk keperluan semasa sempit di kala anda memerlukan rawatan dan juga membuat simpanan di hari tua.
Hubungi Mustffa 019-5522961 walau di mana anda berada.