Mahu tak mahu kita kena terima kesannya kenaikan harga permium insurans takaful kereta sebanyak 15% yang akan berkuat kuat pada 15 Februari 2014. Nampak macam kecil, tapi kalau insuran takaful kereta tersebut berharga RM1,000, selepas 15 hari bulan dah jadi RM1,150.00.
Bagi yang ada sebuah kereta kancil mungkin tak terasa, tapi bagi yang memiliki syarikat perkhidmatan pengangkutan yang ada berbelas-belas buah lori, tentulah memberi impak yang agak besar juga, yang sedikit sebanyak akan terpaksa menaikkan kadar sewa lori dan perkhidmatan pengangkutan mereka.
Lagi sekali kalau dah kos pengangutan naik, harga barang terutama yang tidak dibawah kawalan akan melambung naik. Lagi sekali orang ramai dengan perasaan berat hati terpaksa menerima bahana kenaikan permium insurans kenderaan secara tak langsung.
Kos perubatan juga pasti akan naik berkali-kali ganda yang menyebabkan hospital kerajaan akan penuh sesak dan terpaksa menunggu berjam-jam malah dalam kebanyakan kes yang memerlukan rawatan pakar terpaksa menunggu hingga setahun kerana majoriti rakyat tak mampu mendapatkan rawatan di hospital pakar yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi walaupun dengan menawarkan kepakaran dan servis yang cepat.
Jadi apa perlu kita buat untuk mengatasi kemelut yang berantaian ini?
Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara seperti hadis dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,