Ramai yang kata "saya dah berfikiran positif dari dulu lagi" tapi masih tak jumpa jumpa jugak kejayaan
Relatifnya kita akan berfikiran positif yang begini:
- Saya pasti akan dapat menyiapkan tugasan itu
- Saya akan menjadi jutawan sebelum umur 40 tahun
- Cara promosi perniagaan saya ini pasti akan berkesan
- "Saya akan menjadi penulis berjaya dalam masa 5 tahun"
Tapi mengikut pendapat pakar-pakar motivasi berfikiran positif yang sebegini tidak memadai. Walaupun fikiran begini telah positif tetapi kata mereka ianya hanya sebahagian sahaja dan tidak lengkap.
Jadi bagaimana nak berfikiran positif yang lengkap?
Cuba teknik sebenar berfikiran positif dari jutawan internet Irfan Khairi ini.
- "Saya pasti akan memberi tumpuan selama 6 jam setiap hari selama 5 hari untuk menyiapkan tugasan itu"
- "Saya akan berusaha sedaya upaya mempelajari dan mendalami ilmu perniagaan dan menimba pengalaman untuk menjadi jutawan sebelum berusia 40 tahun"
- "Teknik promosi yang terbukti berkesan ini telah dilakukan oleh peniga-peniaga kecil lain yang sealiran dengan perniagaan saya ini pasti amat berkesan"
- "Saya akan menghadiri kursus penulisan dan berusaha sekuat mungkin, mendalami ilmu penulisan dan mencari pengalaman untuk menjadi penulis novel pada 31 Disember 2014"
Jadi sekarang kita mulakan berfikiran positif dengan lebih lengkap tekankan kepada proses untuk mencapai pemikiran positif tersebut dan tidak hanya menyebut matlamat sahaja. Berfikiran positif adalah proses permulaan mengubah fikiran dalaman sendiri untuk mencapai apa yang diimpikan.
Teknik ini adalah teknik berfikiran positif yang lebih berkesan dan akan memberi perubahan kepada diri kita.