DBLK diangkat daripada novel berteras cinta dan agama tulisan Prof Hamka. Produksi Indonesia sudah menerbitkannya dalam medium filem sebanyak dua kali, namun inilah kali pertama ia akan dipentaskan. Perjalanan pihak produksi sejak awal usaha sehngga hari ini nampak mudah.

Malah hero pilihan penerbitnya Siti Rohayah Attan iaitu Adi Putra tidak berfikir panjang bila diajukan watak utama sebagai Hamid dalam teater ini.
"Semasa terfikir untuk mementaskan DBLK, saya dan tim dah bayangkan watak Hamid ialah Adi Putra. Semasa saya tawarkan watak kepada Adi, skrip belum siap lagi, tapi Adi dah memberikan persetujuan.
"Saya katakan kepada Adi... kalau dia menolak bermakna tetaer ini tidak akan dipentaskan kerana watak Hamid ditulis dengan bayangan dia sebagai lelaki itu," kata Siti Rohayah.
Adi pula terharu dan rasa usahanya dalam lakonan selama ini dihargai apabila ada pihak yang memberi kepercayaan kepadanya sedemikian rupa.
"Sebagai pelakon tentunya saya sangat hargai bila dapat kepercayaan. Saya memang dah tahu pasal Hamka dan juga DBLK, saya tahu ia sesuatu yang besar. Saya akui watak Hamid sangat berat dan saya dah dapat bayangan, DBLK hanya ada dua kemungkinan yang akan terjadi, pertama dia meletup dengan hebat sekali atau dia gagal dengan teruk. Sebagai pelakon saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebaiknya.
"Saya tahu watak Hamid satu watak yang mendatar kerana dia seorang yang jujur. Saya juga akan berlakon dengan jujur. Saya juga sedang mengkaji watak ustaz yang menarik untuk memberi warna dalam watak Hamid,"kata Adi.
Dafi yang memegang watak sebagai Salleh (remaja) berjanji akan memberikan lakonan terbaik.
"Saya tak pernah terlibat dalam mana-mana produksi yang berteras agama, inilah kali pertama, saya teruja untuk berlakon teater ini," kata Dafi.
Liza Abdullah juga akui teruja bila namanya tersenarai untuk watak Asiah. Dia akui namanya bukanlah besar dalam dunia teater, tapi dia akan membalas kepercayaan pengarah.
"Saya tak pernak berkawan baik pun dengan penerbitnya. Dulu pernah berjumpa di IB, saya cakap bila lagi nak panggil saya berlakon teater.
"Sebelum ini semasa berlakon drama bersama Elfira Loy, dia beritahu dapat tawaran berlakon DBLK. Dalam hati terdetik juga seronoknya kalau saya dapat... alhamdulillah tidak lama selepas itu saya dihubungi penerbit," kata Liza.
Sinopsis DBLK
DBLK mengisahkan perjalanan hidup Hamid dan Zainab yang berkorban cinta sebab kekangan adat dan latar kehidupan mereka. Hamid anak miskin yang kamatian ayah dijadikan anak angkat oleh Engku Jaffar. Dia membesar bersama anak lelaki itu Zainab.
Bila meningkat remaja mereka saling jatuh cinta tapi hanya dipendamkan sahaja kerana batasan. Hamid sedar diri manakala Zainab pula harus patuh kepada adat keluarga bangsawan yang menentukan jodoh dengan kerabat untuk menjaga status quo.
Hamid kemudian belajar di Padang Panjang dan bersahabat dengan Salleh. Selepas Engku Jaffar meninggal Hamid tak pernah jumpa Zainab. Ibu Zaina, Asiah menjemput Hamid ke rumah kerana mahu dia memujuk Zainab beretuju kahwin dengan sepupunya.
Hamid merantau ke Mekah dan di sana dia bertemu dengan Salleh. Daripada surat isteri Salleh, Rosnah, Hamid tahu Zainab sedang menderita sakit dan mahu bertemunya.
Sementara itu, Rosminah tidak terpengaruh dengan filem yang pernah diterbitkan kerana dalam filem, ada adegan yang ditambah. Dia mahu jujur membuat interpretasi daripada novel itu sendiri.
"Mood cerita ini sedih, untuk itu akan ada unsur-unsur hiburan juga. Misalnya lagu-lagu yang akan digunakan untuk menggambarkan isi kandungan surat Hamid kepada Zainab," kata Rosminah.
Di Bawah Lindungan Kaabah menampilkan Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy,Taufik Izmer, Fizo Omar, Dafi, Liza Abdullah, Zila Bakarin dan ramai lagi.