Thursday, 10 April 2014

Berehat Di Pusat Servis Kereta

Salam sejahtera, best tak dapat minum free? Semalam setengah hari suntuk berkampung di pusat servis Toyota Seri Manjung.  Best tempat ni, jumpa kawan lama yang dah jadi valuver di pusat servis Toyota ni.  Kenal dia dah lama masa mula-mula beli kereta second hand Nissan Sunny 1.3.


Dulu kerjanya ketuk kereta... bukan macam ketuk-ketuk ramadan tu, tapi dia tukang ketuk dan cat kereta.  Tak tahulah aku nak beri nama apa kerjaya lamanya tu. Dah berbelas tahun tak jumpa dia masih ingat kat aku lagi... bestlah dia ni.


toyota


Dah dua kali minum kopi ni, baru duduk dah sampai waitress tanya nak minum apa.  Memang dilayan macam VIP kerana bagi mereka setiap pelanggan adalah VIP.


Sekadar menemankan rakan sekerja yang baru beli Toyota Vios brand new di Toyota Centre Seri Manjung ni yang nak buat servis kereta barunya.


Tempat duduk yang selesa dan berhawa dingin, membuat setiap pelanggan berasa selesa walaupun terpaksa menunggu lama kerana al maklumlah kereta yang dihantar perlu menjalani macam-macam pemeriksaan dan perlu pula diservis.


Bukan kerja yang boleh dibuat sekelip mata. Jadi pastinya akan membosankan menunggu lama.  Tapi di ruang cafe ni di sediakan bermacam-macam majalah, surat khabar dan terdapat juga sebuah set TV untuk tontonan.  Bagi anak-anak mereka sediakan dua buat komputer yang boleh main games... 'pandai diaorang jaga hati pelanggan kan?


Staf-staf di pusat servis ni pulak mesra-mesra belaka... sentiasa terukir senyum dibibir... itulah yang Islam galakkan, dia orang amalkan yang dapat pikat hati pelanggan.