Thursday, 10 April 2014

Kepenatan mengejar berita yang sentiasa berubah-ubah

Tujuan asal membina blog ini hanya untuk suka-suka dan untuk recover balik ilmu blogging yang dipelajari dari banyak sumber.  Jika tak dipraktikkan pastilah akan lupa, sesuai dengan sifat insan yang memang pelupa.


Buat sementara waktu blog ini dipenuhi dengan berita-berita terkini dan panas MH370 yang kebetulan mendapat perhatian seluruh warga dunia secara tak langsung meningkatkan pelawat blog ini dengan sangat mendadak.  Tetapi ada kelemahannya jika korang membina blog berbentuk berita semasa.


Pertama akan terasa kepenatan kerana mengejar berita yang sentiasa berubah-ubah.  Terpaksa menjelajah ke merata blog dan laman berita untuk mencari bahan yang paling digemari dan menjadi perbualan utama masyarakat pada masa itu.  Trafik blog turun naik dengan tidak menentu mengikut "kehangatan" berita semasa.


2. Berita yang dikejar kebiasaannya telah pun disiar dan disebarkan di merata blog dan laman sosial terutama Facebook dan Twitter jadi akan berlakunya pertindihan berita yang menjadikan orang muak untuk membaca berita yang sama.


3. Kesasihan berita tidak dapat dipastikan, "peluang" untuk menyebarkan berita palsu terutama yang kontroversi sangat tinggi dan mengundang kemarahan dan dosa dari sudut pandangan Islam.


4. Berita yang mendapat trafik yang tinggi biasanya berbentuk jenayah seperti rogol, bunuh, rompak, samun dan gosip.  Dengan menyebarkan berita yang berbentuk begini akan membentuk pemikiran nagetif di kalangan masyarakat.


Dengan empat alasan di atas, blog kelip-kelip mungkin akan mengubah haluan menjadi blog peribadi yang lebih santai dan akan berusaha menacari bahan bahan yang berguna untuk dibaca.